Rabu, 15 Ogos 2012

Kemalangan maut@Kluang


1.Alhamdulilah hari ni aku dah selesai bayar zakat, makanya akan balik ke kampung halaman dengan senang hati..bayaran zakat fitrah di Johor ni rm8.00 satu anggota keluarga hehehe aku ade 4 so kena la dalam rm32.00,lusa dah nak balik kampung dah..takut terlupa bayar zakat habisla aku..bilamana dah selesai bayar zakat hati pun tenang sangat..kompem tenang..er er aku bayar zakat kat surau depan pejabat aku je hehehe..takyah pi jauh2..er er member aku ni mcm duk main gusti lengan je ni kekeke :)


2.Hari ni jugak aku ke tempat kejadian kemalangan maut di Jalan Kluang-Nyior-Chamek, melibatkan penunggang motorsikal langgar lori kecil, sudah pastilah yang teruk penunggang motosikal..beliau meninggal dunia di tempat kejadian..berbangsa cina,kemalangan berlaku betul2 di hadapan taman suria kluang..berdepan restoran koko tomyam tu hah..bagi orang kluang kompem tahu lah :)




3.Biasala kalau penyiasat macam aku ni lau terjumpa kemalangan maut kita nak ne ambil sikit banyak butiran kemalangan dan juga gambar tempat kejadian..senang kemudian nanti lau kes itu melibakan tuntutan perkeso..maka cepatla prosesnya..lagipun aku dah biasa sangat dah lihat kes2 yang melibatkan kemalangan maut..bahkan yang lebih teruk lagi pun ada..






4.Sebut pasal kemalangan maut ni aku cukup risau bab2 memandu nak balik kampung..aku selalu ingatkan diri tak laju..tapi jika kita tak laju orang lain plak cuai dan laju..kita jugak jadi mangsa kan kan..hm susah jugak benda ni..tak tahu macam mana jalan penyelesainya..kempen banyak dah dibuat..statistik kemalangan tak dak penurunan pun..aku jenuh duk siasat kes2 kemalangan melibatkan pekerja tak dak tren menurun pun!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan