Sabtu, 10 November 2012

Kemudahan saringan kesihatan PERKESO ianya PERCUMA!!!


1.Hari minggu ni hujan plak hehehe tak leh nak pi jalan mana-mana beb..hm sebabkan tak leh kuar de masa mai aku nak habaq pasai Kemudahan Saringan Kesihatan PERKESO sepertimana yang diumukan dalam bajet yang lalu..hehehe aku percaya bukan semua orang faham ..Selaras dengan peruntukan Seksyen 40 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969(AKSP 1969) dalam menjaga dan memperbaiki tahap kesihatan dan kebajikan pekerja maka pihak perkeso telah melancarkan Program Kemudahan saringan kesihatan PERKESO dimana dengan bahasa mudahnya ia lebih kepada program disediakan khas untuk pencarum yang masih aktif mencarum dengan pihak perkeso untuk melakukan pemerikasaan kesihatan secara PERCUMA ianya antara lain bermatlamatkan bagi mengenal pasti kumpulan yang bersiko untuk menghidapi penyakit yang tidak berjangkit..penyakit yang tak berjangkit tapi biasanya penyakit ni kronik seperti sakit jantung,kanser,buah pinggang,kencing manis,darah tinggi dan lain2 lah nak sbut banyak snagat penyakit tak berjangkit ni..biasala gaya hidup moden ni macam penyakit yang tak pernah timbul pun leh ade kan kan.

2.Kumpulan sasar utama adalah sudah pastilah pencarum @ orang berinsurans yang berumur lebih 40 tahun keatas..dan pencarum itu mestilah masih aktif dari segi carumanya..walaubagaimanapun jika berlaku perubahan dari segi kelayakan atau apa2 yang berkaitan nanti aku bagitahu semula lah hehehe..mana tahu kot2 beruboh plak..

3.Disebabkan pelaksanaan program ini melibatkan jumlah pencarum yang besar  dimana dianggarkan  kira-kira 1.9 juta pencarum akan menikmati kemudahan ini ,maka Kos atau peruntukan  juga pastinya agak besar untuk menjayakan program ini yang dijangka akan dilaksanakan secara menyeluruh pada Januari 2013 dimana para pencarum yang layak boleh berkunjung ke Klinik Panel perkeso untuk mendapatkan Kemudahan saringan kesihatan secara percuma ini...terdapat kira-kira 2719 Klinik Panel Perkeso di seluruh negara yang telah bersiap sedia untuk menjayakan program ini...pusing sana pusing sini Klinik panel jugak yang kaya kui kui kui..pe pun pencarumlah yang bakal menerima manfaat ini dan jangan lepaskan peluang keemasan ini..kos saringan kesihatan tu besar bebbbbbbb..

4.Kos untuk saringan kesihatan perkeso untuk pencarum yang berusia 40 tahun keatas besar kerana saringan itu melibatkan Kemudahan saringan kesihatan perkeso ini akan meliputi pemeriksaan fizikal, ujian klinikal, serta konsultasi dan khidmat Nasihat yang sudah pasti akan diberikan secara percuma..pihak PERKSO untuk permulaan program ini telah memperuntukkan kira-kira RM200 juta dan dilaksanakan sepertimana diumumkan dalam bajet 2013 pada 28 september 2012 lalu..

5.Walau bagaimana pun saringan kesihatan ini hanya untyuk sekali sahaja setiap pekerja yang layak..cara pelaksananya kemugkinan besar melalui pemberian baucer melalui pihak majikan yang dijangkakan akan dilakukan pada November 2012 dan baucer ini boleh digunakan bermula 1 Januari 2013 nanti..

6.Baucer macam mana aku pun tak tengok lagi..bilamana dah ada nanti aku tunjukkan ok..cara perlaksanaan dan agihan baucer bila juga akan aku maklumkan nanti..tapi dijangkakan pada November ini..hope berjalan sepertimana dirancangla..

7.Jika ada permasalah dan ingin maklumat lanjut sila hubungi pejabat perkeso terdekat OK.Ohhhh yaa sebelum aku terlupa Program Kemudahan Saringan kesihatan PERKESO ini juga membolehkan kaum lelaki yang menghidapi kanser prostat boleh membuat saringan dan bagi perempuan pula percuma menjalani pap smear dan Momogram..betullllllll Ianya PERCUMA!!!!!

 selamat berhujung minggu geng :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan