Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Kebangsaan 2013 .
PENGENALAN
1.Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Kebangsaan 2013 dianjurkan oleh Majlis Negara Bagi Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan dibawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Malaysia. Majlis anugerah ini diadakan setiap tahun bertujuan bagi memberi
pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang telah menunjukkan komitmen
yang tinggi serta prestasi cemerlang di dalam perlaksanaan sistem pengurusan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ditempat kerja mereka.
2.Pengiktirafan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha
kerajaan untuk menjadikan tempat kerja di Malaysia selamat dan sihat serta bagi
menjadikan amalan kerja yang selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada
budaya rakyat Malaysia.
KATEGORI ANUGERAH
1.Anugerah adalah terbuka bagi penyertaan kepada pelbagai
industri di Malaysia. Terdapat lima (5) kategori utama yang diberikan kepada
organisasi yang menunjukkan rekod pencapaian yang cemerlang dalam perlaksanaan
Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kategori anugerah adalah
seperti berikut :-
i.Kategori Tempat
Kerja
ii.Kategori Tokoh
(Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
iii.Kategori Media
iv.Kategori Wartawan
v.Kategori Ketua
Pegawai Eksekutif (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Sila kemukakan borang penyertaan dan dokumen sokongan kepada
:-
Setiausaha,
Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
(Kementerian Sumber Manusia)
d/a Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
Aras 4, Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62530 WP Putrajaya.
(T): +603-88865000
(F): +603-88892354
Semua borang penyertaan dan dokumen sokongan hendaklah
sampai sebelum atau pada 30 April 2013. (tertakluk kepada pindaan).
Sekiranya ada kemusykilan, sila berhubung dengan pegawai
berikut:
En. Pavintheran a/l
Kandasamy (03-88865265 / pavin@mohr.gov.my )
Pn. Nurul Hamizah bt
Baharan (03-88865264 / nhamizah@mohr.gov.my )
En. Suhaidy bin Latip
(03-88711321 / suhaidy@mohr.gov.my )
En. Lee Kem Seng
(03-88865271 / kslee@mohr.gov.my )
Pn. Nor Azzura bt
Saari (03-88865000 samb 5696 / norazzura@mohr.gov.my )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan