Selasa, 11 Jun 2013

berkunjung ke rumah ibu bapa mangsa ragut mendiang tar bee lin


1.Alhamdulilah hari ni telah ke pekan Paloh Kluang mengunjung keluarga Mendiang Tar Bee Lin, mendiang Tar Bee Lin meninggal dunia pada 26hb mei yang lalu di hospital sultanah Aminah Johor bharu dalam jam 8.35 malam setelah bertarung nyawa selama 4 hari koma di unit rawatan rapi hospital tersebut.

kes ini mendapat liputan meluas akhbar tempatan..

2.Kejadian yang menimpa mendiang tar bee lin agak tragik juga..bayangkan ketika mendiang berjalan untuk menuju ke stesen bas di jalan Musang belang taman century johor untuk ke tempat kerjanya beliau telah diserang oleh peragut yang bermotorsikal lalu menyebabkan beliau mendapat kecederaan parah pada kepala..mendiang telah dikejarkan ke Hospital sultanah aminah JB dan koma selama 4 hari dan meninggal dunia pada 26hb mei yang lalu..tahkala itu mendiang masih bujang..

bertanya khabar bapa mendiang..

3.Oleh kerana kejadian itu berlaku semasa mendiang dalam perjalanan ke tempat kerja maka pihak perkeso telah melakukan siasatan dan hasilnya telah mengesahkan kes ini sebagai bencana kerja dibawah seksyen 24(1)(A)AKSP 1969, dimana kemalangan/kejadian itu berlaku dalam perjalanan beliau untuk ke tempat kerjanya.

4.Maka dengan itu warisnya ia itu ibu dan bapanya layak mendapat pencen Faedah Orang Tangungang (FOT) dimana pencen itu akan dibayar semur hidup ibu dan bapanya.


5.Dalam pada itu siang tadi juga sambil2 melawat keluarga mangsa bos aku sempat juga menyampaikan cek Faedah pengurusan mayat (FPM) kepada kedua ibu bapa mendiang tar bee lin dimana cek faedah pengurusan mayat (FPM) itu bernilai RM1500.

Semoga keluarga mendiang tabah hadapi dugaan...hm hm keganasan peragut tiada kesudahannya!peragut itu binatang dan binatang itu peragut agaknya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan