1.Hahaha aku nak tergelak baca 1 halaman berita harian hari ni yang mana memaparkan pandangan seorang dikatakan berstatus PhD Dr Zahari Ishak..keh keh keh..sory la doktor wa cakaplu..kadangkala lu punyer PhD sia -sia aje..tahap pemikiran lu lebih teruk dari budak pemulihan Khas kakakaka..mana lu dapat hasil mengatakan guru adalah punca pelajar sekolah ponteng!!!!!kah kah kah lu punyer pendapat aku percaya menyakitkan hati keseluruhan guru2 di malaysia waima guru di timor laste pun boleh kecewa dengan lu bro...unta padang pasir lebih memahami masalah guru dari lu yang dah mengajar bebudak Universiti yang dah sedia bijak!!!!!!bodoh tak leh nak ajar cerdik tak leh nak tumpang!!!! baca sendiri la apa yang doktor bangap ni cakap...kah kah kah..aiii aiii hang dulu jadi bijak pandai dapat status PhD saper yang ajar hang Doktor?????kah kah kah adehhh la...
2.Ni aku salin semula..keh keh keh..kat aats tu keratan akhabar berita harian hari ni..tak caya pi la beli kakakaka...susah nak baca..aku tulis balik :)
Kuala Lumpur: Bosan dengan sikap dan personaliti guru yang terlalu
mementingkan pencapaian akademik dikenal pasti antara sebab utama
sebahagian besar pelajar sekolah menengah, ponteng. Ketika di dalam
kelas, pelajar yang dikategorikan sebagai lemah merasakan diri mereka
dipinggir oleh guru yang lebih cenderung memberi tumpuan kepada pelajar
bijak atau mudah memahami pelajaran dalam kelas. Ketua Jabatan
Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr Zahari Ishak,
berkata personaliti guru dan keadaan persekitaran dalam sekolah adalah
faktor utama punca pelajar tidak ke sekolah kerana mereka tertekan
apabila kerap dimarahi di depan rakan sekelas menyebabkan mereka malu
dan akhirnya mengambil jalan mudah untuk ponteng. Cara pengajaran guru
“Kajian dilakukan juga mendapati antara sebab pelajar hilang minat
belajar dan seterusnya bertindak ponteng ialah cara pengajaran guru
yang terlalu laju dan sukar difahami terutama bagi subjek kritikal
seperti Matematik. “Punca lain adalah personaliti guru yang bersikap
negatif seperti terlalu garang, suka marah atau suka membebel serta
meminggirkan pelajar yang kurang pandai ketika dalam kelas,” katanya
pada pelancaran monograf bertajuk ‘Senario Ponteng Pelajar Sekolah
Menengah: Suatu Analisis Statistikal’ di sini, semalam. Monograf
dilancarkan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF),
Tan Sri Lee Lam Thye itu adalah hasil kajian 10 bulan sejak April tahun
lalu oleh sepasukan penyelidik diketuai Dr Zahari dan Dr Low Suet Fin,
pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Ilmu Khas, serta beberapa pelajar ijazah sarjana. Penyelidikan yang
dibukukan dan sudah dicetak 1,000 naskhah sebagai rujukan itu
diterbitkan MCPF dengan kerjasama Universiti Malaya dan Kementerian
Pendidikan. Dr Zahari berkata, hasil temubual yang dijalankan terhadap
472 pelajar ‘kaki ponteng’ sebagai sampel kajian dari 15 sekolah
Semenanjung Malaysia di kawasan bandar, luar bandar, pulau dan FELDA,
mendapati hampir 80 peratus menyatakan mereka suka ke sekolah tetapi
sebaliknya tertekan dengan cara guru kelas.
Tidak kreatif “Mereka tidak berasa seronok dengan cara penyampaian guru
yang sukar difahami, tidak kreatif selain kerap dimarahi apabila sering
mengajukan soalan sehingga menimbulkan rasa resah setiap kali berdepan
guru yang mempunyai tabiat yang sama. “Ada juga yang sanggup ponteng
kerana tidak suka belajar subjek tertentu terutama Sejarah selain tidak
suka dengan polisi pentadbiran sekolah yang mengutamakan pencapaian
akademik hingga mengabaikan pelajar yang ketinggalan,” katanya. Beliau
berkata, kajian turut menunjukkan tidak semua kaki ponteng itu pelajar
yang kurang bijak namun pihak sekolah dilihat gagal untuk memupuk rasa
suka untuk pelajar datang ke sekolah atau memberi tumpuan khas untuk
pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik. Sementara itu, Lam Thye
berkata, berdasarkan rekod kementerian pada 2010 menunjukkan 111,484
pelajar terbabit dalam pelbagai masalah disiplin dan untuk kes ponteng
sekolah, mencecah 19,545 kes.
3.Ini pula akhbar utusan Malaysia hehehe..
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Personaliti atau sikap
guru dikenal pasti sebagai faktor terpenting dalam mempengaruhi pelajar
ponteng sekolah, menurut kajian yang dijalankan Universiti Malaya (UM)
dan Institut Pendidikan Guru dengan kerjasama Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia (MCPF).
Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling UM, Dr. Zahari Ishak berkata, keperibadian guru yang digemari pelajar akan meningkatkan minat serta menggalakkan golongan itu hadir ke sekolah.
"Guru memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar ke sekolah. Hal ini kerana secara amnya pelajar suka berada di sekolah tetapi personaliti guru yang garang, marah-marah, suka membebel dan teknik pengajaran membosankan menyebabkan mereka tidak mahu ke sekolah.
"Terdapat juga guru yang mengajar dengan kurang efektif kerana menganggap kerjaya perguruan hanya sebagai pilihan untuk mendapatkan pekerjaan lebih terjamin," katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran monograf bertajuk Senario Ponteng Pelajar Sekolah Menengah: Suatu Analisis Statistikal bersama Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye dan Pensyarah Institut Pendidikan Guru, Dr. Low Suet Fin, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Zahari berkata, antara faktor lain yang mendorong pelajar terlibat dalam gejala ponteng adalah persekitaran dalam dan luar sekolah, sistem pentadbiran sekolah yang tidak adil, sikap pelajar, keluarga dan rakan sebaya.
Dalam masa sama tambah beliau, hukuman ke atas pelajar yang ponteng sekolah perlu dikaji semula dengan mengambil kira kesan hukuman terhadap penularan gejala itu.
"Hukuman gantung atau buang sekolah selepas mengeluarkan surat amaran kepada golongan pelajar ini didapati tidak berkesan dan tidak sesuai.
"Hal ini kerana sistem ini seolah-olah memberi lesen secara rasmi kepada pelajar yang ponteng sekali gus harapan mereka untuk berada di luar sistem persekolahan telah tercapai dan akibatnya mereka berkemungkinan besar akan terlibat dalam permasalahan sosial," katanya.
Sementara itu, Lam Thye berkata, pihaknya telah mencetak 1,000 naskhah monograf untuk diedarkan kepada pihak-pihak berkaitan.
"Saya harap hasilan kajian ini akan digunakan sebagai maklum balas membina dan dapat membantu memperbaiki sistem pendidikan agar gejala ponteng dalam kalangan pelajar dapat dikurangkan," jelasnya.
3.Ini pula akhbar utusan Malaysia hehehe..
Guru punca pelajar ponteng

salam..
BalasPadamkalau free tgk la cni. saya post gambar sinis pasal Sikap Guru Punca Ponteng..
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151856141139591&set=a.10151616621224591.1073741825.579874590&type=1&relevant_count=1