Selasa, 2 September 2014

siasat kes back pain jururawat @tuntutan penyakit khidmat perkeso



1.Hari ni aku siasat kes tuntutan penyakit khidmat@PERKESO..kategori lower back pain hehehe dengan kata mudah sakit belakang la..sakit belakang ni ada banyak sebab..tak semestinya kerana kerja aje geng..pasai tu lah aku kadang2 penat otak nak siasat kes sebegini..hari ni aku siasat kes lowe back pain kat sebuah Hospital Pakar...staf nurse hospital kena lower back pain..hm katanya sentiasa dok angkat pesakit..betul jugak kalau angkat pesakit kena 4-5 orang satu hari pehhhh boleh tahan sakit belakang jugak geng..angkat budak2 ok lagi la..kalau angkat bapak budak macam mana???...kena plak kalau cara angkat tu tak betul dan tak ergonomic pehhh memang back pain la jawabnya...tapi back pain tu bukan boleh berlaku dalam jangkamasa singkat geng...mau makan masa bertahun tahun lamanya beb..BUKAN TERUS KENA!!!!
2.Biasanya kes sebegini aku siasat sampai ke lubang cacing..kena korek dalam sedalamnya sejarah kerja,sejarah kehidupan,sejarah kemalangan sejarah rawatan dan bla bla bla..hehehe berjam jam jugak la..bukan mudah geng..kadang kala boleh jem otak aku ketika dok berbalas soal jawab..soal pun aku.. tulis pun aku..korek rahsia pun aku…balik opis buat fakta kes pun aku hahahaha..mudah????tak semudah tu kawan2....jangan dok tahu nak cepat..
3.Lower back pain..boleh terjadi dek bukan kerja pun…boleh jadi kerana jatuh di mana2 tempat ye la masa ko arang jatuh katil di tolak isteri pun leh jadi punca lower back pain tau hahahaha..posisi seks yang merbahaya pada tulang belakang pun leh jadi punca jugak wooooooo jangan tahu nak lipat sana lipat sini jah kakakaka..woit woit..hangpa tahu ka kalau duk dukung wife berat 50-60 kiliogram turun naik-turun naik ingat tak sakit tulang belakang ka woiiii????itu pun punca utama back pain tau hahahahaha…jaga2 aku tanya semua kakakakakaka..tu tak masuk posisi lipat melipat lagi tu kakakaka..ni bukan main2 lah kawan..
4.Lower back pain yang betul2 terjadi di tempat kerja sudah pasti berkait rapat dengan kerja berat yang sentiasa diakukan secara berulang setiap kali bekerja…punca?sebab??yang tu bagi aku siasatlah..tu bidang aku la…kalau kerja ringan tak dak angkat apa2 bebanan berat maknanya tu factor lain la tu kih kih kih..kalau bukan dek kerana jatuh mesti de sejarah kemalangan lama…mana tahu pernah ditendang isteri ka huwahahaha..suami ganas sangat ka lipat sana lipat sini hahaha..tapi jangan takut jika kalian di pihak yang benar maka buat la tuntutan di bawah penyakit khidmat INshaAllah akan disiasat dengan adil…
5.Cuma itulah kalau disebabkan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan kerja janganla duk buat tuntutan dibawah penyakit khidmat letih aku geng..letih nak korek bukti letih nak Tanya itu dan ini letih nak sediakan fakta kes hahahahakalau betul di tempat kerja ada dan perlu mengangkat objek berat pada setiap hari itu ok!!!!dan amat dialu alukan..

 

2 ulasan:

  1. Salam,

    Sy ingin bertanya, dlm tuntutan perkeso, ada berapa tuntutan semuanya...
    Tuntuan cuti sakit (HUS)
    Tuntutan upaya kekal (HUK)
    Dan betul ke ada tuntutan ulangkaji (tuntutan ketiga)

    Jika benar ada, bila sy bole buat tuntutan tersebut, sy dah terima kedua2 tuntutan tersebut, bila ada terbaca dlm satu blog, ada tuntutan ketiga, sy ingin dpat kan maklumat lebih lanjut dari tuan...

    Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam tuan,
      Selepas tuntutan kekal (HUK)maka tiada lagi tuntutan KETIGA....cuma jika sekiranya selepas 3 tahun kecatatan KEKAL ITU BETAMBAH TERUK..DIULANGI JIKA BERTAMBAH TERUK MAKA BARULAH TUAN BOLEH BUAT ULANGKAJI?SEMAKAN BALAIK KE ATAS TUNTUTAKAN KEKAL TUAN...ini bukannya tuntutan ketiga!

      wasalam

      Padam