Jumaat, 17 April 2015

syarat kelayakan caruman tidak mencukupi@waris Ibu tunggal gagal mendapat pencen penakat

 
1.Hari ni sempat ke Mersing untuk membantu mengesan waris seorang Ibu tunggal yang disyaki mati dipukul teman lelakinya..kes ini hasil daripada laporan media cetak berkenaan kes tersebut, maka berkejarlah aku ke mersing untuk menjejaki dan mencari waris si mati untuk mendapatkan maklumat bagi memudahkan semakan dilakukan sama ada si mati pernah mencarum dengan perkeso atau sebaliknya..
 
2.Semasa lawatan dibuat didapati rumah ibu bapa simati tak berpenghuni...setelah bertanya pada jiran tertangga barulah aku tahu bahawa pada hari tersebut jenazah si mati baru sahaja dibawa balik dari hospital kerana perlu melakukan post morten/forensic hm hm...ingatkan jenazah dah di kebumikan...mahu tak mahu aku pi jugaklah ke Tanah perkuburan..apa nak buat dah namanya kerja..namun dalam hati terdetik juga masa sebegini sememangnya tak sesuai untuk aku bertanya macam2 pada waris..cukup dapatkan salinan atau no kad pengenalan dah cukup baik dah tu..dah boleh buat semakan dah..
 
 
3.Tunggu sehingga selesai proses pengkebumian mereka akhirnya beri aku permit pengkebumian..maklumat itu sudah cukup dan membolehkan semakan dilakukan...setelah semakan dilakukan ternyata Arwah ibu tunggal ini tidak mencukupi syarat kelayakan carumanya...apa nak buat..tidak dapat hendak ku bantu lagi..tiadalah pencen penakat untuk warisnya...arwah mempunyai anak2 yang masih belajar..simpati aku...arwah bekerja di kedai2 makan kecil..inilah yang aku sering ingatkan..tak kiralah perniagaan kedai makan ka restoran ka kedai runcit ka...carumlah pekerja kalian dengan PERKESO...dalam kes ini terasa ralat sangat aku tak dapat membantu...
 
 
 
 
 

1 ulasan:

  1. Salam Tuan, terima kasih atas perkongsian.
    Saya ingin mohon pencerahan juga

    Saya bekerja kilang di rawang, selangor dan majikan saua sudah mencarum socso

    selain itu saya juga ada sebuah kedai runcit di kg, Kedah sana. ada seorang pekerja. Perniagaan saya berdaftar dgn SSM.
    Saya ingin mencarum untuk pekerja saya. boleh bantu saya? sitinormustapa79@gmail.com

    BalasPadam