1.Salam geng dekat2 nak raya ni
busy sikit geng tak sempat nak update blog dah ni hehehe..time dekat nak raya
jugaklah banyak kes2 yang nak kena selesaikan secepat yang boleh dengan
harapakan jika kes2 yang disiasat itu kes betul2 melibatkan tuntutan socso/perkeso dan disahkan bencana kerja maka bolehlah bayaran
dibuat secepat mungkin sebelum menjelang hari raya..sekurang kurangnya dapat jugaklah pekerja yang
kemalangan ini menyambut hari raya dengan duit socso/perkeso..harapan begitulah sebab tu
penat ke tak larat ke kena siasat jugak kes kemalangan paling tidak 3 kes dalam sehari..itu aje yang mampu nak tolong.
2.Banyak majikan apabila
berlakunya kejadian kemalangan jalan raya melibatkan perjalanan pekerja mereka dalam situasi pergi dan balik
kerja yang melibatkan pekerja yang kemalangan tadi mendapat cuti sakit (MC)
depa tak kan bayaq gaji pekerja kerana melepaskan tanggungjawab itu 100% pada
pihak perkeso…jika begitulah hangpa buat kat pekerja, hangpa kena la hantar
awal laporan kemalangan (BORANG 21) tu jangan la sampai berbulan2..nanti
pekerja nak makan apa???tang ni aku tak setuju ni..(er er er pening sikit ayat aku ni wakakakakaka..) dengan kata lain jika pekerja terlibat dalam kemalangan jangan duk tanguh tanguh lagi hantar secepat mungkin laporan kemalangan pada pihak perkeso/socso..kerja tak payah pun ehhhh dan banyak kali aku dok ajar..carilah sendiri kat blog aku ni hahaha
3.Pasal tu setiap kes kemalangan
yang dirujuk pada aku..seboleh-bolehnya aku nak siasat dan selesaikan dengan
cepat..setidak tidaknya boleh membantu meringankan sedikit beban yang
ditanggung pekerja yang terlibat dengan kemalangan ni..er er itu pun jika
kemalangan betul2 dalam kerja la..lau tak aku tolak juga.Namun dalam bulan2 puasa ni
kadang2 faktor kepenatan juga menguasai diri..hehehe maklumlah aku yang soal
siasat dok tanya macam2 aku tulis repot aku juga dok bawa keta pusing sana
pusing sini penat wooo..macam tu la penyisat socso hahaha penat beb,mana2 kerja
memang penat tapi kita mencintainya kerja lama2 biasa la tu Cuma bulan puasa ni
cabaran sikit hahaha..time nak menulis dan time soal siasat tu kalau kena
dengan pekerja yang cakap banyak pot pet pot pet jenuh nak melayan hahahaha dan
masa yang sama nak buat karangan tulis hasil siasat ni mana nak layan borak
lagi mana nak fikir ayat nak tulis lagi mana nak susun soalan nak tanya lagi hahahaha
dugaan..kena pulak kalau menulis kat rumah pekerja yang tiada meja hm hm penat
dan payah sikit…nak tulis terbongkok bongkok jadinya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan