Sabtu, 12 November 2016

Jatuh longkang perjalanan hendak makan masa rehat boleh claim socso/perkeso

1.Khamis lepas aku ke SAJ Mersing macam biasala siasat kes tuntutan socso la hehehe..kes tuntutan ni sebab time makan pekerja nak pi makan masa dok jalan entah macam mana jatuh longkang hehehe dalam plak tu hahaha..jerlus terus seluruh badan dalam longkang..jatuh dalam keadaan berdiri..sian dia..patah jugak la tulang peha...jatuh mengejut macam tu aduhhh..puncanya penutut longkang tak de...jalan2 lain2 penut longkang ada tiba tang longkang last tak dak penuh hehehe kedebom la jawabnya sian kikiki..sib baik masa kejadian ada orang nampak dan depa pi tolong dan panggil ambulan bawa pi Hospital.
2.Kes sebegini yakni dalam perjalanan nak pi makan dalam waktu rehat yang di benarkan dan jatuh/kemalangan maka..boleh aje claim dengan socso/perkeso tak jadi masalah hehehe mungkin ramai yang tak tahu..maka yang tahu tolong sampai sampaikan lah hehehe..claim macam biasala..minta majikan isi borang 21 dan bermula Januari 2017 isi borang 34 aje sebab borang 21 dah x guna dah hehehe..

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum..Tuan, bln lepas sy kena skt blkg lepas angkat barang..doctor sahkan sy kena slip disc dan ade sedikit keretakan pada tlg blkg..sy nak buat tuntutan bwh kemalangan tmpt kerja@penyakit khidmat? sebab sebelum ini mmg saya buat kerja berat n selalu angkat bende berat..cuma sejak 3 thn lps sy mula byk kerja di bhgn ofis dan cuma kadang kala buat kerja berat( emergency ganti budak)..adakah prosedur @ borang berbeza tuk dua tuntutan ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam bos.
      1.Bos..kalau kejadian sakit belakang itu berlaku direct er maksud saya serta merta ketika angkat barang berat ianya kemalangans emasa kerja dan perlu mengisi borang 21,dan seandainya bos kerja pada tiap2 hari perlu angkat barang berat lama kelamaan mula alami slip disc maka bos perlu mengisi borang tuntutan penyakit khidmat dan dua-dua borang ITU BERBEZA hehehe

      wasalam

      Padam
    2. Sebab majikan mintak sy dapatkan ERA report...lps tu kos tuk report tu sy kena tanggung sendiri..sy tgh konfius..dh la sebulan cuti tanpa gaji sebab allocation tuk mc dh abis..

      Padam
  2. salam..saya bertanya bg pihak suami..kejadian kemalangan mase balik rumah dari tempat kerja ..kemalangan teruk,tp alhamdulillah semakin sembuh..die alami kecederaan patah tulang rusuk,akibatnye pendarahan dlaman disebab kan hati ngan limpa koyak..usus besar pecah,potong bahagian pecah..skrg usus pendek sdkit..skrg pakai beg sementara,bulan 1 buat operation,utk smbung balik usus tu..lain2 kecederaan,tulang hidung patah,pergelangan tangan patah,tulang pipi retak skit..mc 3 bulan..skrg dah msuk keja,tp cume buat keja ringan jela..
    -saya nak tnye,ciri2 kecederaan die tuu agak2 layak ke dpt claim HUK?..sbb membabit kan organ dlman jugak..
    -start bile kite boleh isi borang HUK,mc dah habis..skrg kami tggu bulan 1 utk operation balik..anggaran 3 bulan jugak kot mc tahun depan..
    utk makluman tuan,dah ade pagawai dtg jumpa suami bersama wakil dri syarikat..kes dlm siasatan..layak kee suami dpt,samaada claim mc,mahupun lain2 claim..sbb lebih dri 3 bulan..kes bulan 7..borg hantar bulan 11

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam puan..mudah mudahan suami puan cepat sembut...pehhh kuat jugak kecederaan dia ni puan..jaga elok2 suami noooo :)
      1.Kemalangan balik kerja InsHallah dapat claim perkeso dengan syarat perjalanan tu dan tempat kemalangan tu adalah laluan kita nak balik rumah hehehe kalau dalam nak balik ruumah kita pi tgk wayang dan kemalangan semasa nak tengok wayang tak boleh la...hehehe tapi dalam kes ni kalau dalam perjalanan balik rumahs elepas kerja ishallah boleh puan jangan risau :)

      2.Pegawai perkeso telah ambil stetment suami puan ke?
      3.Jika disahkan bencana kerja sudah pasti bayaran MC akan dibuat puan biasanya tak lama pun..pelik jugak sampai 3 bulan???pada saya ini rasanya ada dokumen dari piohak syarikat tak lengkap kot..atas ada kes syraikat kata hantar dah lama kat perkeso rupa2 baru aje hantar pun ada berlaku macam tu puan..sila puan ke pejabat perkeso terdekats emak status permohonan tuntutan suami puan..saya yakin ianya kes kemalangan tulen dan kemalangan akan dibayar oleh pihak perkeso@kemlanagn balik kerja
      3.Tentang HUK dan cacat kekal puan tungggu semua urusan pembedahans elesai dulu baru buat hehehe sebab apa saya cakap begitu?sebab lepas pembedahan akan ada mc lagi hehehe selesai semua MC baru buat cacat kekal.

      semoga suami puan cepat pulih

      Padam
  3. Assalamualaikum tuan.
    Pertama skali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha tuan mewujudkan blog tuan yang penuh manfaat.

    Saya ingin bertanya soalan.

    Saya mengalami kemalangan motorsikal sewaktu bekerja pada 17 OKTOBER 2016. Saya mendapatkan rawatan di hospital berdekatan dan disahkan mengalami patah jari kelingking. Kemudian kes saya dirujuk di hospital lain dan jumlah MC saya sehingga 28 December 2016 yang berjumlah 72 hari. Saya telah melaporkan kes kemalangan saya kepada majikan dan saya sertakan segala dokumen yang diperlukan untuk dirujuk kepada pihak PERKESO sehari selepas saya mengalami kemalangan. Majikan saya memberitahu saya mereka telah melaporkan kemalangan saya kepada pihak PERKESO sebulan selepas saya mengalami kemalangan. Soalannya,

    1. Berapa lamakah tempoh masa tuntutan faedah diproses?

    2. Bolehkah saya mendapatkan status permohonan saya sekiranya majikan saya menghantar tuntutan saya di Pejabat PERKESO Rawang, saya mendapatkan status permohonan saya di Pejabat PERKESO Teluk Intan.

    3.Berapa lamakah tempoh pembayaran faedah setelah kes disiasat?

    Sekian, Terima Kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam tuan terima kasih banyak2 hehehe saya hanya cuba berkongsi apa yang saya tahu saje tuan dengan harapan ia sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 diluar sana.
      1.Saya rasa tuan patut segera bertanya pada pejabat perkeso rawang berkenaan kes tuan?saya agak risau jika SEKIRANYA MAJIKAN TIDAK HANTAR TUNTUTAN PADA PIHAK PERKESO dan pada tuan mereka katakan telah menghantarnya..pada saya elok tuan hubungi perkeso rawang dan bertanyakan kes tuntutan tuan..kalau dah sebulan agak MUSTAHIL SEKIRANYA TUAN BELUM DIHUBUNGI OLEH PIHAK PERKESO RAWANG..segera hubungi perkeso rawang tuan!!!!

      Padam