Ahad, 25 Disember 2016

Program gotong royong dan lawatan pemantauan denggi skuad Combi Impiana Casa Taman Seri Impian 2016

1.Combi Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang sekali lagi menganjurkan program gotong royong serta lawatan pemantauan denggi dari rumah ke rumah di setiap rumah di dalam perumahan ini,program gotong royong ini merupakan program terakhir untuk tahun 2016 yang telah diadakan dengan jayanya pada 23 disember yang lalu..alhamdulilah sambutan macam biasala boleh la kata dengan jayanya bahaha..hehehe kita buat kita anjur kita yang sertainya kikiki..penduduk punye sambutan macam biasala kakakaka..duduk dan lihat dari dalam rumah kah kah kah dulu kini dan mungkin selamanya begitula..tahniah la ahli2 combi Impiana Casa geng2 KRT Impiana Casa sekurang kurangnya kita dah ambil langkah yang baik untuk mencegah penularan denggi..sebab nyamuk ni depa tak kenal yang mana suka terlibat dalam gotong royong dan yang liat nak terlibat kah kah kah..kalau nyamuk ni leh kenal pasti mangsanya ok la jugak bahahahaha
 
 
2.Dalam aktiviti gotong royong ni telah terlebih dahulu dikenal pasti kawasan2 yag amat berisiko untuk menjadi tempat /pengkalan pembiakan nyamuk hahaha..tempat yang dikenal pasti iaitu di sekitar taman2 permainan dan juga di rumah2 yang melakukan pengubah suain rumah namun selepas ubah suai rumah dilakukan banyak bahan2 binaan dibiarkan bersepah sepah mcm tu aje...bak kata depa ni nak jadi penternak nyamuk yang berjaya kah kah kah..di kawasan taman permainan pula penemuan sungguh mengejutkan mana tidak macam mana dalam tong sampah penuh dengan air kotor..sampah tak pernah diambil hahaha..aduii time gotong royong ni lah jumpa semuanya hahaha..jumpa bagi yang datang gotong royong aje la kikiki..
 
3.Lawatan skuad Combi Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang juga dilakukan dari rumah ke rumah untuk memberi nasihat dan panduan pada para penduduk selain itu edaran bahan2 bercetak berkenaan denggi juga dilakukan..hehehe harap2 depa baca la kikikiki..

 
Terima kasih juga buat pejabat kesihatan daerah kluang yang banyak memberi bantuan dan bimbingan khususnya untu perjalanan skuad Combi kami hehehe tak lupa juga pihak Swcop yang banyak member kerjasama dalam menjayakan program sebegini hehehe..untuk penduduk ada masa kami gotong royong lagi untuk hangpa semua kah kah kah..tu la saya pun penat juga bekerja ke hulu ke hilir tapi alhamdulilah untuk bakti dengan masyrakat setempat tidak sesekali saya lupa kah kah kah..
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan