Ahad, 7 Mei 2017

Program Pencegahan Kemalangan Jalan Raya Perkeso Kluang 2017 siri 1

1.Salam geng hahaha dalam 2-3 minggu ni sibuk memanjang geng..banyak bahan nak di update tapi tak sempat hahaha..tu la apa nak buat..ada masa slow2 aku update lah inshallah..Oh yaaa dalam seminggu yang lalu sempat jugak aku join program advokasi pencegahan kemalangan bersama team PDRM Johor..thanks IPK Johor khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM yang sudi mengembleng tenaga bersama sama bagi menjayakan program ni..alhamdulilah program ni berjalan lancar.
2.Telah diadakan di sebuah kilang di Kluang yang telah dikenal pasti mempunyai statistic kemalangan jalan raya yang agak tinggi dalam daerah kluang..program ini terbahagia kepada dua sesi..satu sesi PDRM bagi ceramah dan satu lagi sesi pihak Perkeso bagi ceramah hehehe..best wooo bila PDRM masuk kilang dengan perkeso nih kikikiki..best lain macam wooo hahaha..sunyi sepi jadinya hahahaha tak tahu la depa kusyuk mendengar ka dok hayal kot lain kakakaka..harap2 depa faham la apa yang nak di sampaikan Inshallah.
3.Untuk sesi Perkeso aku yang ambik slot ceramah hahahaha..rasanya untuk 1 jam ceramah tak cukup..banyak yang nak disampaikan pada mereka ni khususnya pekerja2 kilang usia muda2 ni hahaha..tapi apa nak buat biasa slot ceramah maksimum 1 jam aje..pi la mana2 ceramah pun depa bagi 1 jam je hahaha..1 jam huru hara nak kejar masa sebab banyak lagi nak di sampaikan..lagi pun jarang2 sekali depa jemput aku ceramah ni kah kah kah..cakap banyak sangat kadang2 depa bosan kot kah kah kah..tapi kalau tak cakap banyak nanti depa tak faham apa itu faedah2 yang disediakan Perkeso hahahaha...bila tanya tak tahu tak tahu kikiki..bila kemalangan yang tak boleh claim depa pi claim..dan bila tak dapat mula lah salahkan Perkeso hahahaha..bab2 salah faham tu biasa lah sebab kurang maklumat..bagi ceramah tak nak dengar bahahahaha..kalau faham Inshallah yang susah menjadi mudah hahaha..
 
4.Alhamdulilah program ini juga mendapat liputan dari pihak media cetak dan juga media sosial hehe..banyak2 terima kasih sebab pihak media sentiasa menyokong kami :)
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan