1.Salam geng..Hari ini
ke stesen teksi dan kereta sewa Kluang,bukan pi sorang tapi pi bersama my Bos..pi sana
bukan nak pi cari teksi nak pi melancong, bukan nak tempah teksi nak
ronda sana sini kikiki bukan nak pi tengok awek dok tunggu teksi
kikiki tapi pi sana untuk sampaikan ‘cek’ bayaran Hilang Upaya
Sementara (HUS) atau senang cakap bayaran MC lahhh..kepada Encik Mustakim bin Jalel pemandu
teksi yang telah terlibat dalam kemalangan semasa bekerja..semasa dok bawa teksi lahh..kebetulan Encik Mustakim ni jugak Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Daerah Kluang..depa pandu teksi kita
panggil bekerja la tu bukan main2 tau penat wooo kerja mandu teksi ni
hangpa tak cuba tak tahu hahaha kena bangla Vietnam naik teksi
mampuih dok berperang tak faham bahasa nak murah tambang la bla bla
bla kikiki.. aduhhh melarat kok lain dah aku ni..hehe hangpa jangan
tak tahu PERKESO kini telah mewujudkan Skim khas untuk melindungi dan
menjaga kebajikan pemandu-pemandu teksi di negara ini..sedap dengar
kan ‘steatment’ tuhhhh kikiki..betul2 melindungi kebajikan
pemandu yang ditimpa ‘bencana’ semasa bekerja Inshallah melalui
kewujudan Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri percayalah ia akan
banyak membantu dikala kalian dilanda musibah kemalangan semasa
bekerja..sat gi aku habaq noo..skim ni baru aje berkuatkuasa pada 1
Jun 2017 yang lalu…baru lagi dan masih belum dapat dihadam oleh
geng2 dan Otai2 pemandu teksi lagi sebab ia benda baru kakaka benda baru biasala..lama2 ok
la tuuu..kalau bini baru Inshallah hari2 hadam kah kah kah..Inshallah bini
baru wakakakaka..kita boleh kah kah kah..ehh ini bukan bini baru TAPI ini SKIM BARU hahaha..tidur luar aku silap2 malam ni kikiki..
2.Adehh berbalik pada
citer pi stesen teksi Kluang tadi..Alkisahnya Encik Mustakim bin Jalel ini adalah Pemandu teksi dari kumpulan yang terawal mendaftar dan mencarum dengan pihak
PERKESO melalui Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri ini, yakni sebaik sahaja Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri ini
diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada 1 Jun 2017 beliau terus mendaftar dan membuat caruman dengan PERKESO dan nak di jadikan
cerita selesai pendaftaran dan pembayaran caruman, pada 30.6.2017
beliau ditimpa kemalangan semasa sedang bekerja menghantar pelanggan
dari stesen teksi Kluang hendak ke terminal bas Larkin huh gedebommmm kat lebuh raya utara selatan masa nak pi Larkin tuuu beb..mujur
kemalangannya tidak melibatkan kecederaan yang teruk..mujur luka2 biasa ja hehehe namun dapat
jugak la merasa 7 hari cuti sakit hehehe..dan sebenarnya kes ini
adalah kes kemalangan Pertama melibatkan claim/tuntutan dibawah skim ini namun
beliau pada masa itu mengambil sedikit masa untuk mengemukakan
dokumen jadinya lambat pi hantar kat PERKESO jadi ia menjadi tuntutan
kedua di Malaysia dibawah skim ini dan pertama di Johor di bawah Skim
Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri..hehehe masuk statistic dah Encik Mustakim ni kikiki kedua pun kedua lahhh hahaha..kalau boleh kita semua memang tak mahu kemalangan nihhh namun apa nak buat..ia datang tanpa kita jemput woooo..alih2 merasa katil hospital kikiki.
3.Alhamdulilah sebaik
menerima permohonan tuntutan pihak PERKESO segera memprosesnya dan
bayaran segera telah pun dibuat!!!Dapat juga rasa bayaran cuti sakit
dari PERKESO walaupun 7 hari sahaja kikiki..jumlah bayaran tok sah habaq
la duit orang kah kah kah..Namun cuba hangpa bayangkan kalau tiada
caruman dibuat dengan pihak PERKESO dan jika kemalangan itu
mengundang kecederaan yang teruk, yang parah..atau menyebabkan
kematian apa akan jadi????sapa nak tangung anak bini
nanti?Alhamdulilah dengan adanya skim ini jika berlaku kecederaan
teruk mana sekalipun pihak PERKESO akan menguruskannya..pemandu teksi
boleh buat tuntutan sepertimana pekerja lain..boleh tuntut claim MC
boleh tuntut cacat kekal boleh tuntut bil perubatan dan jika
melibatkan kematian waris pemandu teksi ini akan menerima Pencen
sepertimana skim yang lainnya…samaaaaaa tapi di bawah skim yang
berbedaaa haha..tak faham mai la jumpa aku habaq sampai faham
kikiki..sama aje geng situasi kemalangan dengan skim yang lain iaitu
kemalangan pi kerja balik kerja semasa bekerja..hehehe nak panjang
lebar nanti lain kali aku tulis lagi secara detail.
4.Hahaha
panjang lebar aku dok citer ni bukan apa aku nak minta hangpa war war
kan agar pak cik2 hangpa yang memandu teksi, abang2 hangpa yang
memandu teksi, kawan2 hangpa yang memandu teksi habaq la kat depa
mencarumlah dengan PERKESO tak rugi baq hang..caruman PERKESO rendah
sahaja ikut kemampuan kita..ada 4 jenis caruman pilihan hehehe senang
cakap la..bahasa mudahnya ada RM157.20 setahun ada RM232.80 setahun
ada RM442.80 setahun dan pilihan Maksimum caruman bagi skim ini
RM592.80 setahun..bayaq setahun terus dan hangpa terus
dilindungi…akak2 yang ada suami pandu teksi tu habaq la kat suami
abang abang kalau abang sayang saya mencarumlah dengan PERKESO
hehehe..sebab apa kalau jadi apa2 kat abang..PERKESO sedia membantu
hahahaha..betul ni tak tipu sikit pun!!!habaq tauuuu..
5.Cara nak daftar jangan
dok pening kepala hangpa pi aje ke pejabat PERKESO terdekat hehehe
Inshallah depa akan bantu sebantu bantunya jangan dok risau jangan
dok takut pi aje…kebanyakkan depa hensem2 macam aku waaaakah kah
kah kah..pi la..hangpa tak kan menyesal kikikiki..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan