Khamis, 22 September 2011

Gagal Daftar perusahaan dengan PERKESO dua Pengusaha Kantin Sekolah di Kluang di Hadap ke Mahkamah


1.Hari ni seawal jam 8.30 pagi aku dah berada di Mahkamah Majistret Kluang, hari ni tugas aku berlaian dari kebiasaan,kerna hari ni aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi pegawai pendakwa untuk 2 kes sebutan di Mahkamah Majistret Kluang. Macam biasala sebelum bawa kes ke mahkamah aku sebalah malamnya perlu study pe yang patut..sambil bantai domino pizaaaaaa

2.Kedua-dua kes yang aku dakwa hari ini melibatkan 2 Pengusaha kantin sekolah di kluang yang masing2 gagal untuk mendaftar dan secara tidak langsung gagal mencarum dengan PERKESO, adalah menjadi satu kesalahan besar jika sekiranya setiap apa jua perusahaan yang mempunyai pekarja warganegara malaysia yang gagal mendaftar perusahan dan membuat caruman pada Perkeso,dimana kesalahan itu dilakukan dibawah seksyen 4 Akta Keselamatan sosial Pekerja 1969 dan peraturan 10(3)peraturan-peraturan (AM)Keselamatan Sosial Pekerja 1971 dan bersabit melakukan kesalahan dibawah seksyen 94(g).Dibawah perunntukan hukumannya adalah didenda tidak lebih 10,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali..


3.Kes pertama aku bawa hari ni melibatkan Pengusaha Kantin sekolah Menengah Teknik Kluang dimana dalam satu Operasi Khas"Ops Kantin sekolah" yang dilakukan pengusaha kantin ini telah didapati gagal mendaftar dengan perkeso lantas kompaun telah dikeluarkan serta merta,namun begitu dek sikap lepas tangan beliau dan menganggap pihak kami tidak serius maka hari ini aku mengajarnya dan memberi pengajaran bermakna padanya agar jangan pandang sebelah mata pada kami..nah hari ini buku bertemu ruas..menghadap majistret beb...jatuh hukum maka tertunduk layulah ia...tak banyak brooo baru RM600 beb..tapi rekod lu kat PPD Kluang kompem hitam la broooo masuk tender kantin lain kali agak2 susah nak dapat broooo..itu lu punyer silap brooo

inilah Orang Kena tuduh (OKT)pengusaha kantin sekolah kluang tersebut...aku cool je diapit oleh mereka hahahaha

4.Kes kedua aku dakwa hari ni juga di Mahkamah Majistret Kluang juga melibatkan Pengusaha Kantin sekolah,pengusaha kantin sekolah menengah Agama kerajaan Johor hahahahaha..lantak la kerajaan johorpunyer sekolah punyer kantin pun tak ikut peraturan kakakakaka..pengusaha kantin sekolah ni perempuan..ahhhh sian dia mengandung plak tu ..hm dah tangungjawab aku...pendakwaan diteruskan mengikut seksyen yang sama dan kesalahan yang sama dan Mahkamah menjatuhkan hukuman rm400 untuk kesahan tersebut setelah mengambil kira rayuan ala2 sedih yang dilakukannya..dan aku rasa selepas ini namanya juga tak berapa baik lagi di PPD Kluang..ini sememangnya akan memebri pengajaran bermakna bukan sahaja buat mereka yang telah didakwa namun pada masa yang sama buat pengajarn dan ikhtibar kepada pengusaha kantin sekolah yang lain2 yang masih belum berbuat demikian..ambil langkah segera sebelum terlambat.


5.Sayugia di ingatkan Operasi besar besaran menjejak kantin sekolah yang ingkar untuk mendaftar dengan perkeso akan terus dipergiatkan..dan AWAS untuk sekolah sekolah dalam jajahan PPD Kluang kerana senarai pengusaha-pengusaha kantin sekolah sekolah daerah Kluang telah berada di tangan kami melalui kerjasama pejabat pelajaran Daerah Kluang...tunggu nasib anda jika masih berkeras dan berdegil untuk tidak mendaftar perusahaan anda dengan kami...tunggulah kedatangan kami dengan berlapang dada hehehe..silap2 jumpa aku la kat Mahkamah nanti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan