Khamis, 15 September 2011

Wak tunot dan Nasi lemak kambing@abang kambing


1.Dulu semasa mula2 aku datang kat johor,aku cukup xsuka pada soto dan seangkatan dengannya..xkirala mee soto ka bihun soto ka laksam soto ka kabutar soto ka..pa2 je lah berkaitan soto hahahaha..namun ada senior aku haji tumin namanya..kini beliau dah pencen pun..dialah yang mula2 paksa aku makan soto dan keluarga soto yang lain huh!paksa makan je la beb dia belanja kakakaka..tempatnya kat warung wak tunot kampung tengah...seingat aku Awal 2005..maka bermula detik tu lah aku mula suka soto hahahaha..ceh nak kata ketagih soto tu tak la jugak hahaha tapi tiap2 minggu terutama hari minggu aku pasti kena bantai mee soto beb..


2.Sebut pasai mee soto dan anak beranak soto yang lain aku kat kluang ni xmakan kat tempat lain dah selain kat warung wak tunot kat kampung tengah tu hah ni Haji Tumin Sarwe la punye pasai hahaha...dari bujang hinggalah kini dah de 2 humaira aku tetap lepak kat sini setiap hari minggu..belasah mee soto..hobi gila belasah mee soto ni aku kongsi kan dengan wife aku dan 2 humaira tadi hahahaha depa pun macam aku gak adeiii satu kapal beb!time belasah mee soto semua diam hahahahaha..


3.Aku xde la syer tau saham dalam wak tunok enterprise ni hah, de pertalian darah jauh sekali muhahahaha xde bau2 bacan pun eh.. but aku bangga dengan warung dan IKS wak tunot ni..peh hebat beb.. makanan dan kuih muih kat sini memang best beb..kat depan de warung yang tempatt aku suka lepak tu dan kat belakang plak de kilang IKS milik wak tunot enterprise ni hah..macam2 depa hasilkan..yang popular gak rempeyeknya la sampai di eksport ke UK wooooo..


4.Dulu wak tunot Enterprise ni majikan tegar gak la hahaha hampeh tak daftar dengan perkeso...sehinggalah pada satu hari aku hentam depa dekat 1 jam dalam bilik Duty aku..mulanya aku tak sangka langsung rupanya setelah sekian lama beroperasi dan makan disitu aku ingatkan depa dah daftar..rupa-rupanya belum adeiiiii sengal! Marah sungguh aku hari tu! kedua dua pemilik suami isteri aku call datang pejabat so depa datang...dekat 1 jam aku berleter...dan mereka minta maaf dan mula daftar dengan perkeso!lau tak silap aku la pucat gak la dua orang ni..aku geram time tu je...peristiwa tu aku dah lupakan pun dek minit kat mee sotonya hahahaha..kini aku tengok carumanya tiada masalah..


5.Kini wak tunot makin maju..pekerjanya juga cukup mesra dengan anak bini aku..sikit sebanyak sejarah wak tunot yang aku tahu..Wak Tunot Enterprise diwujudkan berikutan minat Puan Hajjah Tulos Binti Haji Joyo kepada dunia perniagaan. Berteraskan pengalaman dan minat yang mendalam dalam bidang industri makanan tradisional maka beliau menceburi bidang ini dengan membuka bengkel kecil-kecilan dengan diberi nama Wak Tunot Enterprise.Wak Tunot Enterprise telah memulakan perniagaan pada tahun 2003. Wak Tunot memulakan perniagaan dengan memasarkan produk-produk makanan ringan seperti rempeyek, biskut, pelbagai jenis kek dan bahulu kepada penduduk sekitar kampung tengah dan kawasan-kawasan yang berdekatan bandar Kluang melalui kedai makannya@warungnya yang sedia ada.


5.Dengan perkembangan pesat dan permintaan yang bertambah dari masa ke semasa Wak Tunot Enterprise telah meluaskan perniagaan sehingga dapat membanggakan Puan Hajjah Tulos sehingga ke hari ini. Selain itu perkembangan syarikat Wak Tunot Enterprise adalah disebabkan bantuan dan nasihat dari pihak kerajaan seperti JABATAN PERTANIAN, FAMA, RISDA, MARA dan MARDI.


6.Wak Tunot Enterprise melebarkan sayapnya dengan mengeluarkan produk-produk yang berkualiti dan terjamin bagi memenuhi kehendak pelanggan yang biasanya dari pihak kerajaan (JABATAN PERTANIAN, FAMA, RISDA, MARA dan MARDI), pengedar-pengedar dan individu-individu yang memerlukan produk tradisional bagi tujuan keramaian ataupun ekspo-ekspo yang dijalankan diseluruh negeri.
“BERSIH, BERMUTU, BERKUALITI DAN IDENTITI” adalah menjadi moto kekuatan Syarikat Wak Tunot Enterprise dalam dunia industri makanan tradisional. Selain itu jaringan dan hubungan yang baik di antara Puan Hajjah Tulos dengan setiap pelangganya tanpa mengira umur, pangkat ataupun bangsa telah membuatkan beliau dikenali oleh setiap pelangganya. Puan Hjh.Tulos juga lebih senang dikenali sebagai Kak Tunot.


7.Dengan pengeluaran pelbagai jenis produk seperti makanan ringan (rempeyek, tumpi, kapit, kuih ros, maruku dan kerepek) pelbagai jenis kek (pisang, pandan, coklat, marble, buah dan oren) biskut dan pelbagai jenis bahulu ianya pasti menjadi pilihan pelanggan yang menyukai produk-produk tradisional tanpa mengira musim. Melalui industri ini Wak Tunot telah memasarkan produk beliau ketahap yang boleh dibanggakan oleh orang bumiputera. Produk wak tunot juga telah menembusi pasaran Singapura, New Zealand, sekitar Kuala Lumpur dan seluruh negeri Johor dengan bantuan pihak kerajaan (PERTANIAN, FAMA, RISDA dan MARDI) orang perseorangan (pengedar), jualan di pasar-pasar tani atau pasar malam serta jualan di premis Wak Tunot sendiri.

8.Hahaha panjang lebar cerita warung wak tunot kakaka mau taknye dah 7 thaun aku kat sini dok habis pagi minggu kat sini kuikuikui..hehehe member aku lagi la nak kahwin pun tempah putu kat sini hahaha


9.Opsssss de lagi warung sarapan yang aku suka beb...Nasi lemak kambing dekat warung persatuan melayu kluang tu hah alaaa warung yang kat jalan lambak tu hah..pehhhhhh nasi lemak kambing dia memang aku suka hahahaha..depa ni dah tau dah lau aku datang@nampak muka aku kompem depa kata abang kambing mai dah ..ceh cis bertuah betul..kot ye pun aku suka nasi lemak kambing xyah panggil aku abang kambinglah woooiiii hampeh tu kakakaka.


bangunan persatuan melayu kluang

10.Sebut pasai kambing ni manusia pun de perangai kambing...kambing ni de kala barangan bukan miliknya pun dia bantai hahaha habis sayur2 bunga2 jiran beliau pi makan hahahahahaha..manusia pun de perangai kambing sebegitu...kisahnya akan ku sampaikan bila masa dan tika yang sesuai hehehe..

ni plak kambing yang aku dan geng perkeso bantai dikala malam last berada di kem pasir panjang port dickson tempoh hari hehehe..latihan ala tentera 2 minggu beb...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan