Jumaat, 23 Mac 2012

Perkeso Bina Pusat Rehabilitasi bertaraf Antarabangsa!



1.Aku baru saja sampai rumah..penat tok sah kata la...sekadar nak update jah sebab aku kalau dah terlampau penat jadi susah nak tidur!


2. Hari ni dari jam 10.00 pagi aku dah bertolak ke Melaka with 3 rakan setugas yang lain semata-mata  diarah untuk hadiri Majlis pecah tanah pembinaan pusat Rehabilitasi Perkeso yang dikatakan bertaraf antarabangsa dan merupakan satu satunya yang ada di kalangan negara Asean!....heheh tapi kalau pusat Rehabilitasi saja yang dah bertaraf antarabangsa tak kan gaji kakitangan duk takuk lama lagi kotttttt!!!!lagi pun pencen penerima faedah pun  depa leh naik...jangan anak tiri kakitangan plak weiii...

                                  Pemandu pertama kekeke

                                 Pemandu kedua hahaha

2.Berbalik pada Majlis pecah tanah projek Pusat Rehabilitasi Perkeso ini, ia sedang dalam pembinaan yang melibatkan keluasan tanah kira-kira seluas 22.26 hektar yang terletak di Bandar Hijau di Alor Gajah Melaka...tempatnya sungguh strategik dan bertepatan dengan konsep Bandar hijau...masih dilitupi Hutan Hijau hehehe..nun jauh masuk kedalam ...tempatnya buat masa ni sunyi...hehehe betul2 hijau :)

                                 Laluan masuk ke Pusat Rehabilitasi Perkeso

                                 Kawasan Bandar Hijau Alor Gajah Melaka

                                 Tapak Projek Pusat Rehabilitasi Perkeso


3.Banyak kemudahan dan juga perkhidmatan yang akan disediakan di pusat Rehabilitasi Perkeso ini apabila ianya siap kelak.Projek ini bermula pada september 2011 dan dijangka siap sepenuhnya pada september 2013..dah tak lama lagi la tu. Antara perkhidmatan dan juga kemudahan yang disediakan di Pusat Rehabilitasi Perkeso apabila ianya siap kelak adalah seperti berikut:

a. Klinik Rehabilitasi
b. Program Pemulihan fizikal
c. Program Pemulihan Vokasional
d. Program Return to work
e .Program Pemulihan industri
f. Program kaunseling
g. Program Khidmat sosial
h. Wad jagaan Harian
i. Pusat pembangunan dan penyelidikan teknologi Rehabilitasi
j .Pusat pembuatan prostetik dan Ortortik
k .Asrama
l. Kawasan Rekreasi
m. Program latihan hidup berdikari.

                                 Tapak Projek Pusat Rehabilitasi Perkeso

4.Apa dia Pusat Rehabilitasi Perkeso ni? Kos pembianaan pusat itu saja dah mencecah RM 238 juta??? secara ringkasnya pusat ini akan menyediakan kemudahan rawatan pemulihan yang lengkap termasuk dari sudut fizikal dan Vokasional kepada pencarumnya (pencarum Perkeso), senang cakap hangpa pastikanla majikan hangpa semua mencarum dengan perkeso! senang cerita jika hangpa dilanda bencana kerja dan mendapat kecederaan yang teruk maka hangpa akan cuba dipulihkan semula disini dan akan dipulihkan agar hangpa leh kembali semula ke alam pekerjaan seperti sediakala hendaknya...itu dengan kata mudahla...sebab sebelum ini semua kes perkeso yang melibatkan kes pemulihan yang memerlukan ianya dirujuk ke pusat rehabilitasi kepuanyaan hospital awam dan swasta...kalau dah ada sendiri maka lagi la senang nak urus dan kendalikan kes!

                                 sekitar majlis pecah tanah projek

                                 menunggu ketibaan Ketua Menteri Melaka

5.Pusat Rehabilitasi ini yang merangkumi keluasan sekitar 22.26 hektar ini juga akan meliputi bagunan pentadbiran, bangunan Rehabilitasi Perubatan ,Pusat latihan kesihatan, dewan makan, asrama dan juga Bangunan Rehabilitasi vokasional.


6.Adalah diharapkan dengan terbinanya pusat Rehabilitasi ini ia dapat membolehkan Perkeso meningkatkan lagi mutu penyampaian faedah Pemulihan kepada Orang berinsurans (pencarum) dan sekaligus berusaha untuk memulihkan mereka sedaya upaya untuk mempastikan mereka kembali ke alam pekerjaan.

                              rest jap..makan tengahari@subaidah nasi kandar

                                 Solat jumaat@Masjid A'alami@MITC

                                 hehehe asyik makan je bro ni..driver penat :)

                                 @Masjid selat Melaka



 


                             Bye Melaka...de masa aku berkunjung lagi :)




35 ulasan:

  1. assalam..da mula operasi ke pusat rehab ne..sy berminat nak keje kat sini klu ade peluang,esp bhgian nursing..

    BalasPadam
  2. wasalam puan,belum siap lagi puan InsyaAllah akan siap sepenuhnya menjelang september 2013..akan ada iklan untuk jawatan kemudian nanti

    BalasPadam
  3. ok tq,ade peluang bagus jge..takut terlepas pandang sb jarang on9,leh la email pd sy hanita1311@yahoo.com klu da iklankan,
    assalam..

    BalasPadam
  4. iklan da keluar..jom apply ^_^

    BalasPadam
  5. salam,encik...saya nak tanya ni under kerajaa,swasta atau semi?
    tq

    BalasPadam
  6. wasalam semi ..tapi jangan risau under kementerian sumber manusia...hahahaha..skim gaji tinggi dan terbaik beb...jangan jual mahal..beribu sedang menunggu geng :)

    BalasPadam
  7. minta2 permohonan sy sbg jururawat kanan/ jururawat di luluskan.. sy bangga jadi anak jati Melaka !

    BalasPadam
    Balasan
    1. aminnn..mudah-mudahan paun berjaya :)

      2.kalaula berjaya nanti leh la jumpa kot2 saya bertugas kat sana plak..mana la tahu :)

      Padam
  8. Assalamualaikum, saya berdoa agar dapat menjawat jawatan jururawat kanan.Selain gaji yang lumayan, saya juga memang berminat dengan program return to work, ia memerlukan kita berinteraksi serta memberi motivasi kepada pesakit untuk terus bersemangat kembali ke alam pekerjaan.Perlu sabar yang penting sentiasa ramah dan mesra.

    BalasPadam
  9. Salam,saya berdoa agar dapat menjawat jawatan jururawat kanan.Buat masa ni saya sedang study untuk master in nursing.Selain dapat gaji lumayan, ia bersesuaian dgn jiwa saya yang senang berinteraksi serta memberi motivasi kepada pesakit untuk kembali ke alam pekerjaan.Saya juga akan membuat research master saya berkaitan dgn pusat rehab ini.semoga saya berjaya temuduga nanti,insyaallah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah2..puan ni dah dapat ke test online yg diberi?

      Padam
  10. harap dapt keje ni, ada ke yang dah dapat test ?? yg tak dapat maksudnye tak dpt ye :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. gook luck geng hehehe jangan putus asa..

      Padam
    2. belum lg..semua permohonan masih diteliti utk dipilih untuk menjalani test..insyaAllah dlm bulan 11 ni tau la result dpt ke tak test. yg penting, kite doa jela jgn putus asa.

      Padam
  11. Ada sesiapa dh dpt test.. angkat tangann..hehehehehe

    BalasPadam
  12. kalau dapat test online...maksudnye

    BalasPadam
  13. Hi, sorry ganggu jap..nak tanya macam mana nak ke pusat ni kalu dah lepas toll ayer keroh? cari dalam map tapi location tak clear sangat..ke ada landmark yg lebih senang utk pergi sana tak? terima kasih!

    BalasPadam
  14. Salam. Sy dh attend itview utk pusat rehab pd feb lepas tp blom dpt apa2 jwpan lg. Bla agknya result keluar ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh sy tau ape contoh soalan yg ditnye msa interview? sy dpt pngilan interview jwtan jururawat 2 mnggu lg.. harap ade sedikit info buat sy

      Padam
  15. Offer letter dah keluar.. tahniah kepada yang terpilih.. termasuk saya.. :)

    BalasPadam
  16. Yg da intrvw bhgian pnolg rehab blh g tau x ape yg panel bg soalan

    BalasPadam
  17. Yg da intrvw bhgian pnolg rehab blh g tau x ape yg panel bg soalan

    BalasPadam
  18. Salam, attend interview utk pusat rehab sbg jururawat gred23 4/11/2015 ari tu.. tp belum dpt apa2 jawapan lagi.. Bila agaknya result keluar ye? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam hehe tahniah..InshaAllah tak lama lagi keluar keputusan

      Padam
    2. U minta guna kelulusan diploma atau degree...?

      Padam
  19. Sya dh interview tapi x tahu dapat ke x... Masih tunggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hello, boleh tahu u sudah dpt result interview belom? sy dpt pnggiln interview di rehab n as jururawat.nervous pula

      Padam
  20. saya dapat offer interview sbg pengurus kes 27 september ni.. ada apa2 tips dan nasihat x? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalan woyhaaaa puan TAHNIAHHHHHH...
      Baca serba sedkit tentang perkeso dan baca juga program2 yang berkaitan return to work Inshaalah puan akan berjaya

      Padam
    2. terima kasih atas saranan tips.. insyaAllah kena study semula ni.. hehe.. Amin..

      Padam
  21. Saya juga dapat interview jururawat 26hb ni.. boleh bantu sy untuk apa2 info?? apa tugas jururawat di rehab melaka ya?

    BalasPadam