1.Hari ni aku duty kat pejabat penerangan mersing, macam biasa duty kat pejabat penerangan mersing ni dilakukan hanya sekali dalam sebulan yakni pada setiap hari Rabu minggu pertama pada setiap bulan.
hehehe aku kat belakang ni lah kekeke tengok2
2.Oleh kerana jarak pejabat Perkeso Kluang dengan mersing agak jauh maka pada setiap rabu minggu pertama setiap bulan aku pergi duty kat sana untuk memudahkan para pencarum mahupun majikan untuk membuat urusan.Dipejabat penerangan mersing itu hanya pejabat sehenti saja..cukup setakat untuk pertanyaan,tunjuk ajar penerangan,ambil borang hantar borang khidmat nasihat dan juga pelbagai urusan yang tidak melibatkan urusan komputer/sistem perkeso kerna kat pejabat penerangan mersing sistem kami tak de hehehe..
hehehe ni hok ado kat dalam pagar penerangan mersing
3.Hari ni agak ramai jugak yang hadir membuat urusan...Alhamdulilah semuanya berjalan lancar...hari ni aku dibantu Oleh 3 pelajar praktikal hehehe...so aku nyer tugas tak la berat sangat..
antara pelanggan yang menjenguk kami hari ni :)
4.Banyak kes hari ni yang hadir untuk pendaftaran majikan,ambil borang dan pelbagai lagi pertanyaan..yang menyayat hati balu kematian suami pada Januari 2010 baru nak pohon pencen penakat...adeiiii sian depa ni..antara tak tahu dan sifat tanguh dan terus tangguh...
5.Macam biasa kalau duty pejabat penerangan mersing aku akan rehat dan solat zuhur kat masjid jamek bandar mersing...panorama kawasan sekitar masjid ini cukup indahhh..dari masjid leh nampak laut cina selatan dan gugusan pulau di mersing...Ini kerna masjid ini terletak betul-betul diatas bukit di bandar mersing!Cukup tenang disini..
Reka bentuk masjid semacam binaan masjid di Afrika
pemandangan dari kawasan masjid jamek mersing..
Nampak gugusan pulau mersing dari Masjid ni
pintu utama masjid
Gambo aku visit takde keeeee......
BalasPadam