1.Alhamdulilah...syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya aku selesai juga menguruskan kes berkaitan kemalangan maut yang berlaku di Km 70 Jalan Kota Tinggi -Kluang. Aku percaya hangpa semua telah sedia maklum yang mana kemalangan ini telah menyebabkan 3 kematian dan 1 cedera parah. Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah Marlisa Mansor , Maryana Mansor dan anak kepada marlisa iaitu sharmila jumadi,manakala yang cedera parah adalah anak marlisa yang kini sedang dirawat di hospital sultanah aminah JB. Doakan semoga adinda Sofea balqis cepat pulih seperti sediakala..
2.Difahamkan kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu marlisa gagal memotong toyota hilux lalu bertembung dengan treller dari arah bertentangan..mereka bertiga tercampak keluar dan dilanggar toyota hilux yang menyebabkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa yang satu2nya terselamat adalah Sofea Balqis ini kerana beliau tidak tercampak keluar ketika kemalangan itu berlaku.
3.Aku sempat meninjau lokasi kemalangan sebanyak dua kali..lagipun jalan ni lah yang aku selalu gunakan..sesungguhnya aku tak percaya kemalangan yang tragis dan amat memilukan ini boleh berlaku di jalan yang begitu lebar bahkan begitu lurus sekali!!!!sayang sekali tiada saksi kejadian yang betul2 melihat apa sebenarnya berlaku..agak mustahil arwah tidak dapat melihat kehadiaran treller yang sebegitu besar kerana jalan begitu luru sekali!!!!!puas aku termenung mencari jawapan..hingga kini sukar untuk menerima hakikat macam mana kejadian berlaku..itu aku..bagi keluarga mangsa lagi la sukar untuk mempercayainya..maka tidak hairanlah suami si mati yakni suami kepada marlisa dan ayah kepada sharmila jumadi sim telah beberapa kali pengsan tahkala menghadapi saat getir dalam hidupnya..
4.Sebaik sahaja mendapat maklumat bos aku yang tahkala ini sedang bercuti segera memberi arahan agar aku segera menyelesaikan kes ini..jadi seawal pagi aku dah bertolak ke Felda bukit tongkat dimana aku pasti dan bertekad akan menyelesaikan semua urusan hari ini juga!jadi aku tak nak buang2 masa terus ke felda bukit tongkat untuk mencari rumah waris mangsa kemalangan tersebut..puas jugakla berpusing pusing nak cari rumah mereka ni..last2 suh pakcik jaga pi tunjuk tak tau nape selama ini kami cukup biasa selok belok jalan felda bukit tongkat,namun hari ni lain..lain kerana fikiran kami melayang layang tak tenang..masih terharu dengan kejadian tersebut..
5.Sejujurnya ini antara kes yang menyayat hati yang pernah aku jumpa..aku tal kisah mengalir air mata kerana kes ini..tiada perasaan malu dikala itu kerna segalanya berlaku secara semulajadi..sebaik tiba dirumah pakcik mansor..ayah kepada 2 mangsa yang meninggal dunia ini serta kehilangan cucu kesayangan aku dan rakan setugas disambut mesra..aku faham mereka masih lagi dalam keadaan bersedih..bahkan air mata bercucuran tahkala menyambut kedatangan kami..saat ini aku tak mampu untuk berkata apa2..kami berbalas air mata kelu lidah tidak terkata hanya linangan air mata pemecah bicara..
6.Selang 2-3 minit kemudian rombongan guru2 dari sekolah anak arwah belajar juga tiba..sekali lagi mereka menangis hiba..lantas aku biarkan mereka tenangkan diri terkebih dahulu..rasanya jika keadaan ini berterusan aku boleh memohon diri untuk balik..tak sanggup aku meneruskan tugas dalam keadaan sebegini..namun mereka menghalang niat aku..takpa mereka perlukan sokongan sebenarnya..aku dengan satu persatu cerita mereka..sedan sedu esak tangis sentiasa menjadi irama mengiringi perbualan kami...ohh ayahandaku mansor..ohh kakanda jumadi tabahkan hatimu...kuatkan semangat..hidup perlu diteruskan walau apa cara sekalipun..patah sayap bertongkat paruh patah paruh bertongkat dagu patah dagu maka bertongkat kuku..namun mengalah jangan sekali!
7.Hebat sungguh dugaan bulan rejab kalian..selepas ini kalian akan menyambut ramadan dan syawal tanpa insan tersayang..
8.Aku hanya mampu berdoa...moga kalian dikuatkan semangat..simpanlah air mata kesedihan itu..nyahkan ia jauh jauh..biarlah ia berlalu pergi biarkan kesedihan itu berlalu..sesungguh kalian diantara orang2 yang terpilih untuk diuji..
Sungguh tragis, anda cukup tabah.
BalasPadamtoyota hilux sepatutnya beralah pelahankan kelajuan dan beri laluan pada kancil, malangnya mungkin terasa diri besr dan kuat tak mau ada kereta lain potong inilah ego dan riak namanya...mungkin ada sebab kancil nak cepat
BalasPadamKalau ada kesempatan saya nak tengok apa laporan polis pemandu lori dan toyota hilux itu katakan..kita akan dapat tahu nanti...
BalasPadamApa yang aku rasa hilux tu tak bagi kancil tu potong...bila kancil tu pecut nak potong, hilux pun sama pecut. Hal mcm ni dah banyak kali berlaku.
BalasPadam