Isnin, 14 Mei 2012

ladang bukit lawiang dan gunung sumalayang dinobatkan pemenang anugerah ladang bahagia


1.Sebenarnya aku cukup bangga akhirnya buat kali pertamanya Ladang bukit lawiang dan ladang gunung sumalayang di kluang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Ladang bahagia sempena Anugerah Hari Pekerja 2012 yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 12 mei 2012 yang lalu...aku bangga bukan kerna aku menghuni disini jauh sekali bekerja disini,senang cakap aku tak de kena mengena disini..aku bangga kerana usaha mereka tanpa kenal erti penat dan lelah,bermandikan penuh  kadangkala bermandikan hujan juga.. beratapkan dan berbumbungkan awan dikala seawal pagi membanting tulang bekerja untuk sesuap nasi dari rezeki yang halal..mereka bukan kejar anugerah namun anugerah yang mengejar mereka..itu tandanya kita ikhlas dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan!


2.Daripada ratusan bahkan ribuan ladang di malaysia ladang ini tepilih mengondol anugerah tersebut,sudah tentunya ladang ini mempunyai 1001 keistimewaan yang tersendiri lantas menzahirkan penganugerahan itu dilakukan dan diberikan kepada mereka..kemenangan mengondol anugerah tersebut melayakkan ladang bukit lawiang dan ladang gunung sumalayang menerima hadiah berupa wang tunai rm5000 beserta piala dan juga sijil. Namun hakikatnya hadiah itu bukanlah segalanya..apa yang lebih penting penduduk ladang ini pasti berbangga dengan penghargaan yang mereka terima, penat lelah mereka menjaga hubungan antara penghuninya,sikap saling tolong menolong,keharmonian yang terserlah..didokong oleh pihak pengurusan yang menyediakan pelbagai kemudahan yang begitu selesa bertaraf bandar dalam taman..semua ada disini..dari masjid ke padang bola dari rumah pekerja yang selesa dan juga klinik ladang yang selesa..banyak lagi la beb..


3.Hakikatnya penganugerahan ni sudah pasti mengundang 1001 cabaran kepada ratusan ladang lain yang terdapat di kluang khususnya untuk cuba memberi yang terbaik kepada para penghuni mereka khususnya pekerja dan keluarga mereka..


4.Di kluang banyak ladang yang menarik..jauh disudut hati aku juga lebih tertarik kepada sebuah ladang di kluang milik sime darby, Ladang ulu remis cukup sinonim untuk mengondol anugerah ladang bahagia di kemudian hari jika sekiranya sedikit sebanyak penambahbaikkan diambil khususnya hubungan dikalangan pekerja dan penambahbaikan sedikit sebanyak kemudahan asas yang lain..ladang ini cukup cantik sebenarnya..akan tiba masanya nanti...depa juga boleh memenangi anugerah ini!


ladang paloh juga tak kurang hebabtnya..kena usaha lebih sikit terrr


5.Berbalik kepada anugerah ladang bahagia yang di menangi ladang bukit lawiang dan ladang sumalayang ini aku sedikit pun tidak terkejut..mereka layak menang pun!dari peringkat pengurusan sehingga pekerja Alhamdulilah semuanya ok!Ladang milik TH Plantation ini cukup2 mendamaikan,aku dah banyak kali masuk  dan banyak kali menyiasat kes kemalangan disini..kebanyakkan  kemalangan berlaku di luar ladang khususnya jalan raya,manakala kemalangan didalam ladang cukup2 minima!ladang lain banyak kemalangan terrrr..


6.Aku tak berkesempatan lagi nak berjumpa dengan kedua dua pengurus ladang ini, seingat aku baru bulan lepas berjumpa pengurus ladang gunung sumalayang..depa berdua ni memang hebat pengurus yang hebat akan melahirkan pekerja yang hebat jika kena dengan caranya!pengurus yang diktator lambat laun pekerja kompem bangun memberontak hehehe kalau bukan secara langsung depa boleh bikin secara diam2 kakaka..nak tahu senang aje..time tiada pengurus maka berpesta satu ladang kakaka itu maknanya kita diktator dan dibenci!jika kita dibenci sehebat mana pun pengurus tak kaan kemana juaaa..buka merujuk pada ladang sahaja mana agensi dan jabatan pun macam itulah gayanya..waima sesebuah negara yang diperintah secara diktator takkan kekal lama..lihatla mesir hosni mubarak jatuh menyembah bumi juaaa..syria coming soon meybe..


7.Jika anda masuk ke kawasan ladang bukit lawiang dan gunung sumalayang..cuba anda perhatikan ada tak sampah2 di tepi jalan???sepanjang aku duk keluar masuk ladang ni kompem tak kan hangpa dapat lihat sampah di tepi jalan!bekali depa duk kutip tiap2 masa kot..


8.Aku juga tertarik dengan masjid ladang ini..walaupun kecil ianya dijaga dengan amat baik sekali..dah banyak kali aku singgah sembahyang di sini..biasanhya waktu zuhur sebab aku siasat kes kadang kala makan masa juga..ruang dalam masjid cukup terjaga..nak tengok tahi cicak pun tak dak!Kawasan masjid dijaga dengan rapi tak de la kusut masai sepertimana masjid ladang yang lain sebab aku dah banyak kali singgah solat dibeberapa masjid ladang..keadaanya amatn mengecewakan sekali dengan tandas yang tak terurus dan kawasan luar masjid yang terbiar...berlainan sekali dengan masjid ladang gunung sumalayang dan bukit lawiang ini yang cukup terjaga..sejuk tengok kawasan masjid ladang gunung sumalayang n ladang bukit lawiang ni..





9.Akhir kata tahniah atas kejayaan hangpa semua..nak buat kenduri kesyukuran hangpa jangan lupa jemput aku ye..satu lagi padang bola depa ni best la hehehe





2 ulasan: