1.Alhamdulilah hari ni sempat hadir majlis kenduri kahwin anak sulung Datuk seri Hishamudin Tun Husin..Terima kasih banyak2 sebab jemput aku hehehe Majlis kenduri kahwin ni sempena perkahwinan Nasha Alyssa binti Hishamudin dengan Muhd Anas Zawawi bin Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa..Anas anak kepada Datuk K suami siti Nurhaliza tu hah..semasa majlis kenduri ni diadakan Datuk K dan Siti Nurhaliza tidak hadir kerana datuk K terlibat dalam kemalangan jalan raya di New zealand..excident motosikal khabarnya dan masih dirawat disana..Walaubagaimanapun bekas Isteri datuk K yakni Ibu Muhd Anas ada menghadirkan diri bersama suaminya :)
2.Majlis kenduri kahwin ni dibuat kat padang Awam taman sri Lambak (T6) yang terletak dalam kawasan Parlimen Sembrong..sebabnya Datuk Hishamudin ni Ahli parlimen sembrong..ada baiknya juga beliau berkongsi kegembiraan dengan rakyat dikawasanya..itu adalah baik..yang baik kena puji hehehe..
3.Dari kad jemputan yang dihantar aku tengok agak cantik..nak buat macam mana dah orang jemput nak ne pergi beb..wajib tu kalau kenduri nak kena pergi kecuali ada keuzuran kan kan..lagipun tak baik kalau orang jemput cara baik kita tak pi beb..hehehe macam biasala jemputan ni bersifat VIP maka masa aku pi pun ditempatkan di meja VIP jugakla..hm hm tak pelik sebab aku dah banyak kali dilayan sebegitu hahahahahaha walaupun aku bukan VIP pun wakakakakakaka..
4.Setiba aku kat majlis kenduri tu disambut oleh tuan rumah tak lain tak bukan Datuk seri Hishamudin sendiri..bagus jugak si Datuk seri hishamudin ni beliau sambut dan bersalam dengan semua orang yang masuk melalui pintu utama hendak ke meja yang menempatkan semua VIP..aku rasa tu adalah khemah utama sebab majlis makan beradap dan potong kek pun dibuat kat situ..maka sempatla bersalam dengan Datuk seri hishamudin sempat jugak aku ucap tahniah kepadanya..er er sempat ucap terima kasih sebab sudi jemput aku hahahahahaha..
5.Aku anggarkan lebih sepuluh ribu jugakla hadirin sebab aku tengok ramai sangat orang..tapi takla aku kiraa satu persatu hahaha..Majlis ni baik dan berjalan dengan lancar tapi sayangnya sewaktu majlis berlangsung hujan agak lebbat jugakla..nak buat macam mana dah musim hujan kan kan..takpe la yang penting majlis kenduri berjalan seperti dirancang itu sudah kira baik la tu..Ooooo berbalik plak kat cerita aku tadi hehehe aku di tempatkan kat Meja VIP nombor 7 hehehe betul2 berhadapan Meja pengantin!!!pehhhh nasib aku entah macam mana leh ditempatkan betul2 di depan Meja pengantin hahahahaha..aku tak pasti dengan siapa aku duduk..aku rasa Dato dan Datin bekali lantakla hahahaha
6.suasana Majlis agam meriah mcm majlis kenduri kahwin biasala..pasal makanan ok..minum pun ok..tangtu tak leh nak komen hahaha makan pun sedap!Aku hajat hati nak snap banyak gambar tapi tak leh la beb duk meja VIP ni banyak kekanganla beb..adehhhhh rugi aku tak leh snap banyak gambaq!
7.Oh ya dapat telur dan dapat MUG minuman yang ada gambar pengantin hehehe Nasha alyssa dan Muhd Anas Zawawi..cantik MUG ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan