1.Malam ni aku nak cerita serba ringkas(mungkin teramat ringkas) berkenaan kemudahan bantuan rawatan dialysis yang disediakan oleh pihak perkeso secara percuma kepada penerima pencen Ilat, Untuk makluman bagi yang belum mengentahui nya ia, dimana perkeso telah menyediakan bantuan rawatan dialisis kepada pesakit buah pinggang dan ianya mula diperkenalkan oleh PERKESO pada tahun 1999 sebagai satu faedah pemulihan untuk membantu penerima-penerima pencen ilat yang mengidap penyakit buah pinggang di peringkat End Stage Renal Failure (ESRF), di mana kos rawatan dialysis yang dilakukan di pusat-pusat dialysis panel ditanggung seumur hidup oleh PERKESO.
2.Pembiayaan ini termasuk kos penyediaan “Arterior Venous Fistula” untuk persediaan pesakit menjalani rawatan dialisis. Untuk makluman juga sejak tahun 2003, bantuan rawatan dialisis ini telah meliputi kaedah rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialisys (CAPD) memandangkan ada orang berinsurans PERKESO yang terpaksa menjalani rawatan melalui kaedah ini. Mulai 4 Jun 2009, PERKESO telah meluaskan lagi kemudahan kepada orang berinsurans dengan menyediakan bantuan subsidi suntikan erythropoietin (EPO) untuk membantu orang berinsurans membiayai kos suntikan tersebut yang agak mahal!
3.Untuk tahun 2011 dan 2012 aku tak mempunyai data lengkap lagi..tapi data sehingga Jun 2010, PERKESO telah meluluskan sejumlah 4925 permohonan daripada penerima-penerima pencen ilat dan bukan ilat sejak kemudahan ini diperkenalkan pada tahun 1999. Setakat ini, untuk kemudahan orang berinsurans menjalani rawatan dialysis, sejumlah 285 buah pusat rawatan dialysis telah dilantik sebagai panel dialysis PERKESO di seluruh negara. Jumlah keseluruhan kos bagi kemudahan ini juga meningkat setiap tahun. Misalnya pada tahun 2009, PERKESO telah membelanjakan sejumlah RM 53 juta bagi membiayai kemudahan bantuan rawatan dialysis kepada Orang Berinsurans PERKESO. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 23% jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh PERKESO untuk tahun 2008 iaitu RM43.44 juta. Sehingga Jun 2010 sahaja, PERKESO telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak 34.1 juta untuk membiayai kos rawatan dialisis ini. Untuk perbelanjaan berkaitan dialisis bagi tahun 2011 dan 2012 aku tak mempunyai data lagi..InsyaAllah sikit masa lagi jika mendapat data yang betul dah sahih akan dimaklumkan kemudian.
4.Bukan itu sahaja aku juga nak maklumkan Pihak PERKESO juga pada 21/3/2012 telah meluluskan subsidi untuk suntikan jenis "Micera" yang mana suntikan ini juga untuk pesakit buah pinggang di mana ia disuntik sebulan sekali pada kadar RM240 sebulan!!!! dan dalam perkembangan TERBARU pihak PERKESO juga telah bersetuju untuk untuk penetapan subsidi suntikan Erythropoietin (EPO) sebanyak RM240 (maksimum) sebulan kepada Orang Berinsurans PERKESO yang mengidap penyakit buah pinggang yang mendapat pencen Ilat dan pemberian subsidi RM240 (maksimum) sebulan ini untuk suntikan Erythropoietin (EPO) ini dilaksanakan dengan kaedah2 dan syarat2 tertentu.
5.Rasanya cukup setakat tu ajelah..nak lebih lanjut hangpa kunjungi pejabat perkeso terdekat...hehehe itu serba ringkas..ringkas pun penat gak aku dok menaip ni ehehehehe..aku nak BBQ sat hehehe

alhamdulillah dapat juga maklumat yang berguna dari saudara,namun saya ingin bertanya jika seseorang itu telah mendapat pencen ilat adakah boleh memohon untuk bantuan dialisis?dan bagaimana nak memohon.
BalasPadamsalam encik heezam:Boleh!!!sudah tentu jika disahkan ilat maka bantuan dialisis akan diberi..sila buat permohonan dengan perkeso terdekat
BalasPadamwasalam