1.Salam geng..harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera,macam biasa tiap2 hari kerja aku siasat kes kemalangan berkaitan tuntutan perkeso, 1 hari yang lalu aku ke kampong Semaloi Endau untuk menyiasat kes kemalangan jalan raya yang melibatkan perjalanan balik kerja dari tempat kerja ke rumah pekerja tersebut,kes ini sepatutnya telah lama diselesaikan,namun malangnya kemalangan yang berlaku bulan Januari 2015 baru sahaja di Lapor oleh pihak majikan..pehhh aku pun tak faham macam mana la majikan boleh lewat lapor kemalangan sebegini,adalah menjadi kesalahan besar bagi pihak majikan jika lewat lapor kemalangan yang melibatkan pekerja mereka kepada pihak perkeso.Cuba kalian bayangkan jika kemalangan ini berlaku bulan Januari 2015 dan bulan Mei 2015 baru Lapor kepada pihak Perkeso...berapa bulan pekerja sengsara beb!!!!4 bulan woooooooo dalam tempoh 4 bulan bank pun boleh Tarik kereta beb...rumah nak kena bayar beb...adehhhh untuk makluman kesalahan lewat lapor kemalangan pada pihak perkeso boleh dikompaun rm1000...itu kompaun.. belum lagi tindakan Mahkamah..jadi janganla lewat2kan lapor kemalangan pada pihak Perkeso...sayangilah pekerja anda.Kalian lapor kemalangan cepat maka cepatlah kes disiasat dan dibuat bayaran jika kes itu bencana kerja..
2.Kes yang aku siasat ini dah lah majikan lambat lapor kemalangan gaji pulak tidak diberi hahaha kering beb pekerja kalau macam ni, jika ye pun tak nak bayar gaji dalam tempoh cuti sakit cepat2la lapor kemalangan pada pihak kami agar kami dengan cepat memproses tuntutan tersebut dan bayaran segera boleh dilakukan..Proses siasatan pihak perkeso ke atas sesuatu kes kemalangan jalan raya melibatkan pergi atau balik dari tempat kerja tidak mengambil masa yang lama!!!Jika nak cepat lagi proses tuntutan perkeso maka pastikan segala dokumen adalah lengkap sepenuhnya...macam biasala jika melibatkan kemalangan jalan raya semasa perjalanan pergi atau balik kerja atau berkaitan dengan pekerjaan maka sudah pasti laporan polis (asal) diperlukan,peta lakaran menunjukkan arah perjalanan pekerja dari mana hendak kemana,rekod kedatangan bulan kemalangan,sijil sakit(MC) yang asal,slip gaji/maklumat gaji enam bulan sebelum kemalangan,contohnya jika kemalangan berlaku bulan Januari 2015 maka slip gaji yang perlu dikemukakan pada pihak perkeso adalah slip gaji bulan Disember 2014,November 2014,Oktober 2014,September 2014,Ogos 2014 dan Julai 2014,Salinan Kad Pengenalan pekerja,borang 10 yang ditanda tangani pekerja...hehehe senang bukan!!!!tak susah pun!!!contoh2 yang bergambar dan jelas dah aku berikan kat blog ni carila sendiri hahaha..Berbalik pada kes yang aku siasat ni kes beliau memang kemalangan semasa dalam perjalanan balik kerja untuk balik ke rumahnya dan bayaran perkeso untuk cuti sakitnya telah dilakukan!!!cepat kan kan kan...amat cepat jika kena caranya seperi aku nyatakan kat atas tadi kikiki.
Ok geng...cukup setakat tu sahaja buat kali ni,aku harap hangpa tak boring dan tak bosan tiap2 kali masuk blog aku dok cerita pasal tuntutan perkeso sahaja kakakaka sebab aku cuba nak membantu dan kongsi setakat yang boleh untuk membantu mereka2 yang tak faham dan tak tahu macam mana untuk menguruskan tuntutan/claim perkeso..maklumlah ada antara kita yang malu dan segan untuk bertanya..untuk maklumat lebih lengkap hangpa pi la berkunjung ke pejabat perkeso terdekat..InshaAllah pertanyaan kalian akan dijawab..panjang lebar pulak aku taip kali ni wakakakaka..Blog ini tiada kaitan dengan PIHAK PERKESO hahaha..aku kerja aje kat sana kakakaka tiada pembiayaan dari mereka pun kakakakaka..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan