1.Skuad Combi Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang terus bergiat aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti2 pemantauan untuk mempastikan kawasan kediaman bukan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
2.Salah satu aktiviti rutin yang sentiasa dilakukan oleh Skuad Combi ini adalah, aktiviti Rondaan secara berkala untuk memeriksa lokasi2 yang dijangkakan menjadi tempat nyamuk2 berpesta antaranya di kawasan2 luar kediaman penghuni, di kawasan belakang rumah kediaman, kawasan longkang dan kawasan rumah2 yang masih tidak berpenghuni yang berpotensi menjadi syurga pembiakan nyamuk Aedes.
3.Dalam rondaan dan pemantauan yang dilakukan ini Skuad Combi Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang telah berjaya mengesan pelbagai punca2 dan lokasi2 yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, serentak dengan itu punca2 yang dijangka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes tersebut segera dihapuskan. Tahniah Skuad Combi Impiana Casa Taman Seri Impian, kehadiran kalian melengkapkan lagi suasana kehidupan yang berkualiti di Taman Perumahan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan