Isnin, 31 Ogos 2015

Sambuatan Hari Kemerdekaan Ke 58 Peringkat Daerah Kluang JDT

 
1.Salam Geng..hari ni sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke 58 seperti biasala kena hadir perbarisan, seperti biasa geng2 aku ni just sertai perbarisan statik aje la..staff tak ramai beb nak berbaris pun mcm tak beh jadinya hahaha..aku macam biasa la awal2 pagi jam 7.00 pagi dah sampai ke lapangan macam tahun2 yang lepas sambutan kemerdekaan peringkat Daerah Kluang di adakan di hadapan Kluang Mall jalan Rambutan tu..hahaha seperti biasa tahun ni naik pentas utama juga la hahaha tak dak apa2 istimewa ehh kakaka pandai2 bawa diri sendiri kakaka...lenguh kaki tuhan je tahu kakakaka..untung kawan2 aku duk kat bawah leh gak duk berteduh dikala panas hahaha..best la hangpa..duduk dengan VIP ni hahaha semua nak kena jaga kakaka..hangpa seronok bebenor dok borak2 nampak hahaha..


2.Majlis perarakan sambutan Kemerdekaan Peringkat Daerah Kluang 2015 bermula jam 7.30 pagi yang mana ianya di sertai pelbagai jabatan Negeri,Persekutuan,NGO, Pasukan Keselamatan,Sekolah2, adik2 tadika juga geng2 parti Politik (pemerintah aje) hehehe..tak ketinggalan Mat2 Motor Besor pun join sama huhuhu, tahun ni wakil rasmi Menteri Besar untuk Daerah Kluang adalah YB Puan Hajah Asiah binti Md Ariff Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Johor.
 
 
3.Hmmm punyerlah nak cepat pagi ni tak sempat pun nak sarapan pagi adehhh tahan ajo lah perut..bertabahlah hahahaha mau tak lapar malam tadi berjaga malam jaga taman sampai kul 3.00 pagi jugak la..balik rumah nak tidur tak leh tidur takut tak terbangun pagi ni mampusla aku kalau tak bangun pagi tadi hahahaha..bila tak tidur perut lapar woooo..kena pulak pagi ni tak sempat sarapan pagi pehhhhh dalam hati tuhan je tahu laparnya kakaka..seronokla geng2 aku yang kat bawah pentas kompem depa leh makanan punyer hahahaha..jaga hangpa..hangpa tahu dak aku lapar hahaha..dok atas pentas mana leh makan woooo sob sob sob..


4.Masuk tahun ni dah tahun ke Sembilan aku hadir berturut-turut untuk sambutan rasmi hari kemerdekaan Negara peringkat Daerah Kluang..untuk tahun ni sesi perbarisanya adalah sama sahaja..cuma penyertaan anak2 TADIKA KEMAS yang agak ramai..untuk yang lain2 tu macam biasa aje la..tak dak perubahan apa sangat..gimik pun biasa2 aje..lepas belon aje..dulu terjunan dari atas bumbung Kluang Mall siap bawa bendera (Jlaur Gemilang) tahun ni tak tahu lah sikit kurang kot hehehe..kurang rasanya hahahaha..tak macam tahun sudah2 rasanya la..tu pendapat peribadi aku la..lagipun 9 tahun dah aku dok join acara ni.
 
 
5.Cuaca hari ni Alhamdulilah baik..Majlis tadi tamat sekitar jam 11.00 pagi..lepas tu aku pi cari kedai makan la hahaha..sebenarnya ada acara2 yang di pertandingkan seperti tahun2 lepas la..perbarisan terbaik,sepanduk macam2 lah..tapi aku tak ingat sapa menang sebab yang aku dok dengar asyik MPK,Pejabat Tanah,Pejabat Daerah aje hahahaha pusing2 putar2 depa tu aje lah  yang menang kakakaka..depa penganjur depa menang tak dak hal la kakaka seperti tahun2 sudahla..tapi dari segi penyertaan,pakaian, komited memang depa patut menang pun..depa ada bajet beb..kami ni pakaian pun bantai baju korporat buat sendiri guna duit sendiri hahahahaha tiap2 tahun macam tu la..tak dak bajet untuk program sebegini.Huwaaaa tak dak gambar aku pun..adehhh dok snap gambaq orang je ehhh...nasibla dok atas ni tak dak peluang la nak posing sana posing sini macam hangpa kat bawah tu ehhh :)
 
 

Hm banyak gambar2 sempena perbarisan sambuatan hari Kemerdekaan ni tapi tak larat aku nak masuk semua hahahaha lagi pun bukan de gambaq aku pun hahahaha



 Er er baru de satu keping gambar pentas hahahah jauh bebenor ambil gambaq pun ehhhh mana nak nampak aku huwaaaaa hangpa ni hahaha tak kesian kat aku ke oitttt wakakakaka
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan