Selasa, 18 Ogos 2015

Seminar Kelestarian Keselamatan Negara@INTAN Wilayah Selatan


1.Hohoho hari ini tiada sesi siasatan dijalankan sebab aku hadir ke seminar Kelestarian Keselamatan Negara “Cabaran Dalam Menangani Isu ISIS di Malaysia” hehehe berat jugak tajuk seminar hari ni..cukup aku tak suka benda-benda yang serius ni hahaha..Seminar Kelestarian Keselamatan Negara ini diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan di Kluang Johor...tak jauh pun hari2 aku duk pusing tang tu jugak ehhh
2.Ohhh ya..untuk makluman peserta seminarnya terdiri dari kalangan kakitangan agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang selebihnya aku tak tahulah..rasanya semua kaki tangan awam kot hehehe segak bergaya nampaknya..2 ahli panel yang terlibat dalam seminar pada hari ini adalah YBhg Dato'Prof Hj. Mahamad Naser bin Disa iaitu Ketua Pengarah Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) sebelum ni aku pun tak tahu menatang apa itu IKSIM hahahaha hari ni baru tahu adehhh banyak yang aku tertinggal rupenye.. dan panel kedua ialah YDH Dato' Ayob Khan bin Mydin Pitchay iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Polis Diraja Malaysia.Hohoho bahagian yang sentiasa bergerak aktif mencegah apa yang dikatakan 'pengganas'...aku pun masih keliru hahaha yang berjihad itu tak semuanya penganas...yang melaungkan negara mereka negara keamanan dan polis dunia juga sebenarnya menaja penganas juga seperti israel hahahaha..tapi betulll jihad bukan sahaja dengan senjata..bukan dengan perbuatan kejam...banyak lagi boleh berjihad..jihad dalam ekonomi,jihad dalam ilmu dan banyak lagi lah..
3.Ucaptama seminar pada hari ni disampaikan oleh YB Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir bin Baharom iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seminar yang berlangsung jam 9.00 pagi ini telah berlarutan sehingga jam 1.30 tengahari.Apa yang menarik walaupun aku tak berapa nak setuju bab 1MDB yang diceramahnya namun bab2 agama aku suka Menteri ni ceramah hahaha.. tak berubah masih seperti cara beliau sebelum masuk politik seketika waktu dahulu..ceramahnya jelas..berfakta dan tidak mengantuk untuk didengar...tapi bila masuk bab politik mual nak muntah aku jadinya hahahaha..bab tanah tabung haji aku tak nak komenla..mereka2 yang terlibat lebih mengentahuinya..kita terlepas didunia..di akhirat belum tentu selamat hehehe..lagi pun bukan bidang aku nak letakkan value tanah sekian sekian hahahaha..
4.Banyak isu hal2 keselamatan Negara telah diulas dalam seminar pada hari ni... terutamanya dari YDH SAC Dato Ayob Khan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman..menurut beliau banyak jugaklah tangkapan2 yang geng2 Counter Terrorism Bukit Aman lakukan..kebanyakkan yang ditangkap dikatakan hendak ke syria untuk sertai ISIS..menurut Dato Ayob ni lagi kebanyakan dari mereka adalah terdiri dari golongan bijak pandai..ada lelaki dan ada perempuan..mungkin mereka terpengaruh dengan jihad..seperti aku katakan tadi banyak yang keliru tentang jihad..depa nak berjihad..mungkin caranya salah..aku pun tak tahu niat mereka..hanya mereka dan Allah maha mengentahuinya..rasanya jabatan agamalah yang perlu memainkan peranan cukup penting untuk memperjelaskan, memperbetulkan dan memberi penerangan dengan sejelas-jelasnya bab2 berkenaan jihad ini...
5.Hehehe sebenarnya banyak yang disampaikan tapi bab2 keselamatan Negera ni tak berani la aku nak nyatakan kat sini hahahaha..lagi pun seminar tadi terlalu ringkas nak kejar masa katanya hahaha jadi bukan semua dapat djelaskan dan diterangkan..1MDB kakakakakaka biarkan si luncai menjaga labu dan labinya muhahahaha..semua orang tahuuu





Tiada ulasan:

Catat Ulasan