1.Salam geng awal2 tahun ni mcm biasala sibuk sikit hahaha tapi tak pa ada masa kita kasi update sikit sebanyak..semalam ke rumah seorang pencarum perkeso yang terlibat dalam kemalangan di tempat kerja di sebuah kilang sawit di Kahang..kemalangan di tempat kerja di kilang sawit ni semangnya kerap berlaku kilang katakan tapi untuk kes ini agak teruk kecederaanya geng..lumpuh dibuatnya pekerja ni..lama beliau koma dihospital aduhhh sian..alhamdulilah majikan beliau prihatin dan sentiasa berhubung dengan pihak perkeso lalu memudahkan kerja kami..err aku dan geng2 aku la..
2.Setelah beliau dibenarkan keluar dari hospital kami pi melawat pekerja ni di samping membawa alat2 pemulihan sokongan..antaranya kerusi roda,bekalan pampers dan lain2..kami juga ada bawa cek untuk bayaran cuti sakitnya..apa pun kesian beliau hanya mampu terbaring..meme lumpuh tapi Inshallah kita akan berusaha untuk rujuk pesakit ini ke pusat rehabilitasi perkeso di Melaka..kat situ beliau akan sentiasa diberi latihan pemulihan dan fisioterapi inshaallah akan membantu mempercepatkan pemulihan dan ianya percuma!!!
3.Turut serta dalam lawatan itu adalah Exco Sumber Manusia Negeri Johor yang juga merupakan ADUN Kahang..Inshallah lain2 bantuan akan menyusul.Bagusnya nya mencarum perkeso ni mcm ni la..saat2 getir mcm ni la perkeso akan bantu dan terus membantu..selagi ada mc@cuti sakit kita akan buat bayaran bukan tu saja..alat2 pemulihan seperti pamper akan diberi secara berkala bahkan susu khas untuk pesakit ini juga diberi secara berkala setiap bulan inshallah..ini baru di peringkat tuntutan HUS(Hilang Upaya Sementara)belum lagi tuntutan HUK(Hilang Upaya Kekal)banyak geng faedah2 yang disediakan perkeso ni..ramai yang kutuk katanya buang masala carum perkeso rugi la hahahaha aku tak rasa apa2 senyum aje la..TAK KENA hangpa kata la bila KENA masa tu baru tahu fungsinya perkeso hehehe..sebab tu aku selalu up kat blog aku ni setiap kali ada masa terluang sentiasa dok sebut bab perkeso aje hahahaha semoga sikit sebanyak membantu rakan2 yang masih tak tahu akan peri pentingnya perkeso dalam membantu pekerja khususnya yang terlibat dalam bencana kerja bla bla bla hehehe
as salam tuan.
BalasPadamsy ada sedikit masalah dgn tuntutan perkeso. pada november 2015, sy ditimpa kemalangan ditempat kerja. lebih tepat, sy terkena percikan acid sulfurik di bahagian peha sy. sy mengalami kebakaran tahap 3 melibatkan 17% anggota badan. ( ikut laporan doktor). pada tahun lepas sy ada buat tuntutan faedah hilang upaya kekal tetapi ditolak. sy di interview oleh doktor perkeso pd bulan 11/2016 tapi sampai skrg sy belum dpt surat menyatakan tuntutan sy ditolak. sy dapat tahu tuntutan ditolak melalui seorang rakan yg berkerja di perkeso.
soalan sy,
1. mcm mana sy nak buat rayuan sedangkan sy belum terima apa2 surat.
2. pd pendapat tuan, adakah sy layak membuat tuntutan hilang upaya kekal? fyi, pergerakan sy skrg mmg terbatas. sy xboleh berdiri statik dlm masa yg lama dan sy xboleh terdedah pd cahaya matahari dlm tempoh lama. bekas luka tersebut akan jadi gatal2 dan pedih.
jika tidak keberatan, tuan boleh hubungi sy di
haniffidris@gmail.com
wasalam bro saya amat bersimpati dengan bro semoga cepat sembuh.
Padam1.Pada saya ADA sesuatu yang tak kena sekiranya hingga kini surat keputusan TIDAK DITERIMA oleh bro..maka LANGKAH YANG AMAT MUDAH ADALAH SEGERA KE PEJABAT PERKESO yang MENGURUSKAN tuntutan Hilang UPaya Kekal (HUK) bro..amat mudah!!!jangan lagi tertunggu tunggu.
2.Tuntutan Cacat kekal TIADA KEPUTUSAN tercatat DITOLAK keputusan akan diberi dalam bentu %/peratus!JIka terdapat cacat kekal doctor akan putuskan % nya 1% ke 2% ke bla bla bla mengikut pertimbangan Jemaah Doktor(JD)
3.Mcm saya katakana tadi AMAT mustahil keputusan tidak ada..cumanya bro harus bertindak pergi ke pejabat perkeso untuk mengentahi keadaan sebenar hehehe cerita rakan tuan yang bekerja kat perkeso tu leh dipercayai ka?kalau dia jujur suh dia snap pakai wasap keputusan nye hahahahaha
wasalam