Isnin, 9 Januari 2017

susulan peniaga maut balik ceramah ustaz kazim di Kluang@tuntutan Pencen Penakat Perkeso sedikit sebanyak membantu anak2 arwah!

1.Alhamdulilah hari ni berkesempatan bersama sama rakan pimpinan masyarakat setempat membuat ziarah ke atas keluarga Allahyarham Aziz bin Japri dan Isterinya Allahyarhamah Haslinda bt Jalil yang mana kedua2 nya telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM 86.8 Jalan Kota Tinggi Kluang dan pada ketika itu mereka berdua dikatakan dalam perjalanan balik ke rumahnya di taman titiwangsa dari Majlis Ceramah Maulidulrasul yang disampaikan oleh Ustaz Datuk Kazim Elias..kematian kedua duanya menyebabkan anak2 menjadi yatim piatu dalam sekelip mata..berat juga dugaan melanda keluarga ni khususnya buat anak2 yang ditinggalkan..4 orang kesemuanya anak2 arwah..yang sulung baru sahaja berumur 26 tahun, 1 laki2 dan 3 perempuan..harap mereka tabah!Kejadian berlaku pada awal pagi 5 Januari yang lalu..merubah segalanya..
2.Ohh ya sebenarnya kunjungan ke rumah keluarga ini merupakan kunjungan kedua aku lakukan setelah sebelumnya, aku terlebih dahulu ke rumah mereka untuk memberi sedikit penerangan membantu apa yang patut untuk membolehkan tuntutan Pencen Penakat di lakukan pada kadar segera,mereka sebenarnya tidak tahu tuntutan Pencen Penakat boleh dilakukan..apatah lagi kedua ibu dan bapa telah lama bekerja sendiri, Namun setelah mendapat maklumat awal tentang kejadian ni yang sebenarnya telah diviralkan di Media Sosial dan pada esoknya telah keluar laporan di pelbagai media cetak kami sebenarnya telah membuat semakan awal dan mendapati Allahyarham Aziz bin Japri merupakan bekas pencarum Perkeso dan mempunyai Kelayakan Caruman yang mencukupi untuk membolehkan warisnya iaitu anak2 membuat tuntutan Pencen Penakat dari pihak Perkeso,manakala untuk Isterinya pula semakan mendapati kelayakan caruman tidak mencukupi untuk membuat tuntutan Pencen Penakat Perkeso.
3.Untuk Makluman sebelum bekerja sendiri iaitu meniaga tempe Allahyarham pernah bekerja di beberapa kilang dan caruman terakhir arwah adalah pada tahun 2007 dan beliau layak dari segi kelayakan caruman dan kelayakan umur yang membolehkan proses tuntutan Pencen Penakat dilakukan..ramai antara kita yang tidak tahu akan perkara ini yakni walaupun berhenti kerja telah agak lama dan agak lama tidak membuat caruman dengan pihak Perkeso namun masih layak untuk membuat tuntutan Pencen Penakat sekiranya kelayakan caruman cukup dan umur pada masa kematiannya belum mencapai 60 tahun!dan tuntutan Pencen Penakat ini membolehkan anak2 arwah mendapat Pencen secara bulanan sehingga mencapai umur 21 tahun atau sekiranya masih belajar pencen itu berlanjutan sehingga anak2 arwah mendapat Ijazah Pertama!beliau juga layak mendapat Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM1500.
4.Lawatan kedua hari adalah untuk menyerahkan cek bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) yang telah berjaya diselesaikan dalam satu hari sahaja dan diharap ia sedikit sebanyak membantu anak2 arwah dalam meneruskan kehidupan..Pesan aku untuk kes2 melibatkan kematian sebegini yakni kematian yang tidak melibatkan pekerjaan adalah lebih elok kita membuat semakan dengan pejabat perkeso terdekat 'mana tahu' kot kot sebelum ini arwah ada bekerja di mana2 tempat dan mempunyai caruman yang mencukupi untuk membolehkan tuntutan Pencen Penakat dilakukan..apa yang penting umur kematian sebelum mencapai 60 tahun!Ini adalah untuk tuntutan Pencen Penakat!kematian yang tiada kaitan dengan kerja!!!!

 
 
 

6 ulasan:

  1. tuan,
    setelah berhenti kerja melebihi 5 tahun adakah pencarum masih layak untuk membuat tuntutan penyakit khidmat..?harap mendapat sikit pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya boleh JIKA sekiranya benar penyakit itu BERPUNCA dari pekerjaan yang kita lakukan,namun perlu ada bukti2 yang jelas untukmenyokong permohonan kita tersebut tuan

      Padam
    2. tkasih atas kesudian tuan membalas pertanyaan saya....saya ingin melebarkan sedikit pertanyaan ini kerana penjelasan yang saya terima daripada pejabat socso cawangan menyatakan jika berhenti kerja melebihi 60 bulan tidak boleh lagi untuk cuba mendapat /membuaat tuntutan penyakit khidmat...sekyen 28(1) akta keselamatan sosial 1969...boleh tuan ulas sikit tak pasal ini...?

      Padam
    3. hahaha apa yang depa bagi tahu itu aje ke?seksyen tersebut terpakai jika KITA tak mampu untuk membuktikan bahawa sakit khidmat yang diperolehi disebabkan kerja TAPI kalau kita dapat buktikan penyakit khidmat itu disebabkan KERJA macam mana citer bahahahaha pusingla bro senang ehhhh ADA BUKTI laporan perubatan habis cerita amat mudah KECULAI jika penyakit itu bukan disebabkan KERJA itu lain la jalan ceritanya

      Padam
  2. terima kasih banyak atas ulasan dan penerangan dari tuan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 bos..perkeso tidak boleh menolak sebarang kes main cakap dikaunter sahaja,kita ada hak untuk buat permohonan dan JIKA DITOLAK BIAR ADA HITAM PUTIHNYA baru Profesional hehehe

      Padam