Khamis, 2 Februari 2017

kaya mengejut selepas 16 tahun hidup susah@pencen penakat Perkeso@tanjung resang!

1.Salam geng..harap hangpa semua sihat hendaknya hehe aku alhamdulilah masih diberi kesihatan yang terbaik syukur..adalah batuk2 sikit mabuk limau gong xi fa coi bekali hahaha..geng kelmarin aku ada buat lawatan bersama big bos ke kampong tanjung resang Mersing hehehe yang tahu depa tahu la kampong tu kat mana yang tak tahu takpa la hahaha.. sebenarnya kampong ni agak terkenal dengan keindahan pantainya..banyak juga resort kat sini dan cantik2 serta murah belaka..hm aku dah biasa sangatla ke kampong ni, namun bukan tujuan aku nak kongsi bab2 kecantikan pantai mahupun kecantikan orang kampong ni hahaha cerita banyak2 kan tak pasai2 sangkut plak jadi orang tanjung resang kan wakakaka..hmm berbalik pada bab kunjungan aku dengan big bos ke kampong ni sebab nak ziarah sambil sampaikan cek dekat satu keluarga kat kampong ni..hm pasni aku habaqla cek apa hehehe..cek pasti cek perkeso la takkan cek dari kompeni plak kikikiki..ini bukan cek ang pow raya cina ni..
2.Geng..pelbagai usaha penerangan tentang Perkeso dan faedah2 Perkeso telah diberikan dan disampaikan ke segenap lapisan masyarakat tak kiralah masyarakat yang dok kat Bandar,bandaraya ibu kota mahupun di kawasan luar Bandar..masuk ke kampung2..panggil tok2 penghulu tok ketua2 kampong melalui program bersama pemimpin masyarakat bla  bla bla sampaikan ceramah kat depa dengan harapan depa masa turun padang boleh habaq kat penduduk kampong anak2 buah depa..buat lagi pelbagai promosi dan program tentang perkeso di pelbagai media kikiki jutaan kos nya..tapi ada lagi yang masih tercicir dari mendapat maklumat tentang Perkeso..selagi hayat ada Inshallah aku akan sampaikan apa yang aku tahu supaya kes2 sebegini yang akan aku habaq sekejap lagi tak akan berulang...aduhhh sedih!maafkanlah daku jika gagal jumpa kalian sebelum ini!!!
3.Kisahnya begini..di kampong tanjung resang ni ada seorang makcik..sudah tua geng..umurnya 63 tahun..kira kira 16 tahun yang lalu iaitu tahun 2002...16 tahun geng..16 tahun lalu suaminya telah meninggal dunia,16 tahun tu bukan jangkamasa pendek geng....sebab sesak nafas katanya punca kematian..meninggalkan makcik ni bersama 3 orang anak..susah kehidupanya geng..dapat bayangkan macam mana kesusahan untuk besarkan anak2 bila tempat bergantung telah tiada...yaa kita pas ni leh tengok sampai hari ni beliau susah dan sia sia kesusahan masih ada hingga kini..2 hari lepas dengan dibantu Allah s.w.t..digerakkan mak cik ini untuk ke pejabat Perkeso untuk membuat semakan caruman Perkeso arwah suaminya yang meninggal dunia kira2 16 tahun lalu..arwah suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan/jaga/pak guard..jadi datangnya beliau ke pejabat Perkeso di temani anak2..bila tiba di pejabat Perkeso maka mak cik ni buatlah semakan..Allahuakbar rupa rupanya arwah suami makcik ni pernah mencarum dengan pihak Perkeso dan apa yang lebih mengejutkan caruman allahyarham layak dari segi kelayakan caruman dan kelayakan umur menyebabkan beliau layak mendapat Pencen Penakat dari pihak Perkeso..pehhhhh 16 tahun!!!16 tahun baru sedar dan 16 tahun sengsara sepatutnya beliau telah lama menikmati apa yang beliau sepatutnya dapat!mungkin factor tempat tinggal sikit ke pedalaman..aduhhh berkemungkinan tak sampai maklumat bla bla bla mungkin juga masyarakat setempat tak tahu arwah adalah pencarum Perkeso aduhhh maka terlepas pandang jadinya..banyak lagi kerja yang perlu kami lakukan dan lakukan..hebah dan hebah dan hebah maklumat..api tu la bukan semua mahu dengar bila kita nak kongsi berkenaan Perkeso..ada saja alasan ada saja yang buat pekak..cabaran..aku suka cabaran tu takpa!
4.Setelah semakan dibuat dan arwah suaminya layak maka kami segera memproses tuntutan Pencen Penakat arwah suami makcik ini dengan segera..dan dalam tempoh dua hari selesai diproses tuntutan itu..alhamdulilah..hangpa tahu berapa makcik tu dapat?yaaaa duit itu takkan dapat menebus kesusahan yang beliau anak2 hadapi sebelum ini..namun ia sikit sebanyak melegakan..allahuakbar diusia2 emas sebegini sempat lagi merasai haknya..ya haknya!pencen bulanan dibayar sejak dari tarikh kematian arwah suaminya..jumlah 79 ribu lebih!Pencen bulanan semasa akan terus masuk ke akaunnya sebanyak rm400 lebih sebulan!Allah senang hati melihat makcik ni gembira..tungggu ada lagi ada lagi nak habaq ni..hangpa tahu dak mak cik ni sebelum kematian Suaminya kira kira 16 tahun lalu anaknya meninggal dunia dulu?anaknya meninggal tahun 2001 akibat kemalangan jalan raya...aduhhh adakah anaknya juga layak Pencen Penakat Perkeso??
5.Hari yang sama 2 hari lalu sambil menyemak kelayakan Caruman Pencen Penakat arwah suaminya pihak kami juga membuat semakan terhadap kelayakan caruman arwah anaknya yang meninggal dunia pada tahun 2001..Allahuakbar semakan mendapati rupa rupanya anak makcik ni yang meninggal dunia tahun 2001 juga layak mendapat Pencen Penakat!!!!!maknanya  arwah suami layak pencen penakat,Arwah anak juga layak pencen penakat!!lalu terus kami proses tuntutan itu pada hari yang sama dan Berjaya diselasaikan dalam tempoh singkat..hangpa tahu dak perkeso bayaq pencen penakat tu bermula dari tarikh kematian arwah anaknya..16 tahun lalu jumlah pencen terkumpul rm44 ribu lebih!!!Pencen bulanan semasa akan terus dibayar ke akaun makcik ni..bla bla bla..ada lagi kedua dua arwah juga dibayar Faedah Pengurusan Mayat rm1500 setiap satu(khairat kematianlah kalau bahasa biasa)
6.Pencen Penakat ini untuk bulan semasa akan dibayar terus ke akaun bank mak cik ini untuk sepanjang hayatnya@sehingga mak cik tu meninggal dunia la..bab pencen Penakat Perkeso ni dah berbuih mulut aku dok cakap..dah berpuluh kali aku cerita kat blog aku ni dah beribu ribu aku sampaikan kat masyarakat..harap sangat ia membantu..nak pergi bagitahu sorang sorang tak termampu aku Allahuakbar..
7.Jadinya kelmarin tu aku dan big bos berkunjung ke rumah mak cik ini untuk sampaikan cek bayaran yang terkumpul untuk arwah suami dan arwah anaknya..banyak jumlahnya..ratusan ribula tapi ya la macam aku katakana tadi ia tidak mampu untuk menebus kepayahan hidupnya selama 16 tahun yang lalu!Pesan aku mudah je..kalau kerja pastikan majikan carumkan kalian dengan Perkeso..pesan kat anak bini kalau meninggal dunia sila lah buats emakan dengan Perkeso semak kelayakan caruman untuk tuntut Pencen Penakat Perkeso..kita bantu sesame kita kita kongsi maklumat yang kita tahu tak rugi tuan2..

14 ulasan:

  1. Salam. Sy da jmpa jemaah doc 17hb 1 lepas, sy kol jumaat mingu lepas, katanya perkeso da hanta surat pada 23hb 1 tp smpi skrg xdpt2 lg surat tu.. Sy mohon hilang upaya kekal, apa isi kandungan surat tu ye? Dan kene hanta ke perkeso semula ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam geng,
      Itu mungkin surat KEPUTUSAN Jemaah Doktor yang geng hadiri pada 17/1/2017 hehehe jangan dok tunggu tunggu lagi KALAU SURAT TAK SAMPAI SILA KE PEJABAT PERKESO YANG GENG Call tu dan sila ambil salinan /copy surat kat situ hehehehe JANGAN LAMBAT2 geng :)

      Padam
  2. Salam tuan...

    Sya nk tanya dan mohon pendapat tuan. Bulan 8 tahun lepas sya disahkan oleh pihak doktor menghidap penyakit acute disseminated encephalomyelitis (adem) yg menyebabkan pada awalnya sya 3/4 badan ke kaki lumpuh. Tapi hari semakin hari alhamdulillah kelumpuhan itu mula recover dgn beberapa treatment oleh pihak doktor dan hospital sultanah aminah. Sehingga hari ini sya cuma mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan apabila kaki masih terlalu lemah serta masih mengunakan tiub cbd untuk kencing. Untuk pengetahuan tuan sya menerima mc dari bulan 8/8/2016 sehingga ke hari ini 6/2/2017 Sepanjang tempoh itu pihak majikan masih membayar gaji sya. Tanpa sebarang potongan melainkan kwsp dan sosco sahaja. Dan sepanjang tempoh itu jugak sya tidak memohon apa2 bantuan dari segi kewangan, peralatan atau pemulihan dari perkeso

    Persoalan sya

    1)boleh ke sya memohon apa2 bantuan dari pihak perkeso tentang status pemulihan sya walaupun sudah hampir 6 bulan perkara ini berlalu?

    2)sya ada dimaklumkan oleh doktor rehab berkaitan hospital rehabilitasi perkeso. Bagaimana proses permohonan ke sana?cara2 serta prosedur. Sbb sya ada bertanya pada doktor tapi tiada jawapan. Doktor hanya suggest untuk sya ke sana untuk pemulihan kerana potensi untuk kembali normal besar.
    ,

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam tuan saya doakan tuan cepat sembuh,
      1.Tuan kerja dimana sekstor swasta ke?umur tuan berapa?

      2.Kalau tuan bekerja di sector swasta dan ada caruman perkeso dan umur belum mencapai 60 tahun saya syor kan tuan memohon Pencen ILat.

      3.Kemudahan Rehabilitisi yang tuan maksudkan itu adalah pusat Rehabilitasi Perkeso yang terletak di Melaka,untuk mendapatkan rawatan di sana perlu pengesyoran dari Jemaah Doktor yang mana boleh hadir melalui dua cara iaitu melalui bencana kerja dan Ilat

      3.Pada saya tuan tidak terlibat dalam apa juga kemalangan,penyakit tuan alami hanya boleh dituntut di bawah Pencen Ilat..saya syor mohonlah pencen Ilat...keputusan layak atau tidak ditentukan oleh pihak Jemaah Doktor

      wasalam

      Padam
    2. Untuk pengetahuan pihak tuan. Sya bekerja di sektor swasta dan dicarumkan sosco oleh majikan. Umur sya pada tahun ini 26 tahun.

      Sya sudah menghantar laporan perubatan dan permohonan pencen ilat...

      Tp pada dasar logik sya. Sya merasakan yg sya xkn dpt pencen ilat memandangkan peringkat umur dan illness sya sekarang. Mohon betulkan jika tanggapan sya itu salah.

      Sya jugak telah dipanggil oleh jemaah doktor oleh pihak perkeso pada 12/3 di hsa untuk pemeriksaan lanjut.

      Pada pandangan tuan layak kah sya memohon pencen ilat tersebut memandangkan umur sya dan disability sya hanyalah tidak boleh berjalan.

      Dan untuk pengetahuan tuan jugak segala permohonan diperkeso ini dilakukan oleh sya. Bukan melalui majikan.



      Padam
    3. Inshallah jika kedaaan kesihatan tuan menyebabkan tuan tidak lagi mampun bekerja sepenuhnya Inshallah keputusan akan memihak pada tuan..Para doctor akan memeriksaan tuan dan akan melihat Laporan perubatan tuan..ada kalanya para doctor ini akan SYORKAN TUAN DIRAWAT DAN DIPULIHKAN DI PUSAT REHABILITASI PERKESO Di MELAKA dan ia amat baik untuk tuan..inshallah tuan akan dipulih kan PERCAYALAH!!!

      Padam
    4. Sya telah berjumpa dgn jemaah Dr pd 12/3 yg lepas.. Keputusan jemaah Dr sya tidak layak untuk mendapat pencen ilat tersebut. Tetapi dlm laporan jemaah Dr ada menyebut yg sya memerlukan bantuan rehabilitasi dan RTW program dari pihak perkeso... Seperti yg tuan sedia maklum. Sya memohon pencen ilat untuk mendapatkan bantuan pusat rehabilitasi perkeso. Jadi menurut tuan apa kesimpulan pada status surat jawapan jemaah Dr? Adakah sya perlu memohon rayuan walaupun pada dasarnya sya bukan ingin memohon untuk mendapatkan pencen ilat sya hanya ingin memohon bantuan rehabilitasi dari pihak perkeso.sbbnya surat tersebur hanya fokus pada ketidaklayakan sya untuk memperolehi pencen ilat. Tiada keputusan perihal pusat rehabilitasi. Adakah sya perlu ke pejabat perkeso untuk meneruskan urusan perihal pusat rehabilitasi atau keputusan surat tersebut jugak bermaksud sya tidak layak untuk ke pusat rehabilitasi perkeso?

      Padam
    5. Bro..
      1.Dari penerangan bro ni bermakna pihak Jemaah Doktor telah nyatakan bro layak dapat kemudahan rehabilitasi dan mentertai program RTW hehehe so bro jangan risau setiap pejabat Perkeso akan ada Pengurus kes yang akan selia bro untuk mengikuti program yang disyorkan oleh pihak Jemaah Doktor (JD)

      2.Nasihats aya sila ke pejabat perkeso berkenaan dan buat temujanji untuk berjumpa dengan Pengurus Kes bagi membincangkan program RTW dan Rehabilitasi sepertimana pengesyoran pihak Jmeaah Doktor (JD)

      Padam
  3. Blog ni mmg byk info tentang PERKESO. In sha allah sy akan berkongsi maklumat yg diperolehi dr blog ni kepada masyarakat di luar sana. Terbaik tuan Kabutar Diesel. Ni diesel biasa ke diesel Euro 5 tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha TERIMA KASIH bro hahaha ini diesel turbo bro bukan diesel subsidi hahaha

      Padam
  4. Salam en, saya nak tanya, kawan sekerja saya ada buat pembedahan hempedu , pilihan yg tinggal utk rakan saya ni ialah hempedu dia terpaksa dibuang, boleh tak rakan saya ni membuat permohonan ke perkeso kerana sakit yg dialami disebabkan kerana permakanan yg tidak seimbang di tempat kerja dan waktu kerja yg tak menentu dan juga waktu rehat juga tak tetap. Rakan saya sekarang ni hidup tanpa hempedu di dalam badan dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam,
      1.Untuk kes ini payah sikit ni TIADA KEMALANGAN dan untuk claim penyakit khidmat pun x boleh geng..

      2.Cumanya kalaus akinya amat teruk dan menyebabkan tidak lagi boleh BEKERJA buat selama lamanya saya syor kan kawan bro mohon PENCEN ILAT..cubala tapi pencen ILAT adalah pencen yang diberi atas keputusan Jemaah Doktor yang akan sahkan pekerja ini tidak boleh kerja buat selama lamanya dan ada syaratnya juga tu..kelayakan dari segi umur sebelum mencapai 60 tahun dan kelayakan caruman

      wasalam

      Padam
  5. Salam tuan..tumpang tnye..ayah sy bekas pekerja bernas..skng ayah sy dah buat pembedahan pemotongan kaki akibat kencing manis 5 tahun lalu..jd boleh ke ayah sy ni buat permohonan bantuan perkeso?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro syafiq,
      1.Untuk penyakit seperti ayah shafiq ni saya syor mohon Pencen Ilat,walaubagaimana pun permohonan Pencen Ilat ada syarat kelayakannye bro..pertamanya mesti di bawah umur 6o tahun..keduanya mesti pencarum perkeso dengan syarat memenuhi kelayakan caruman..

      3.Nasihat saya sila ke pejabat perkeso terdekat dan BUAT semakan kelayakan untuk memohon Pencen ILAT terlebih dahulu..boleh aje pi mana2 kaunter perkeso terdekat dan buat semakan

      4.Ingat tu Pencen ILAT dengan syarat UMUR belum mencapai 60 tahun dan memenuhi kelayakan jumlah caruman hehehe

      wasalam fiQ

      Padam