1.Minggu lepas selama 4 hari 3 malam aku hadir Kursus Retreat dan lantikan Duta Integriti Perkeso hahaha bila sebut aje 'Duta' kadang2 dengar lain macam kah kah kah seram sejuk besaq tu 'Duta'..Duta pun duta lahhh hahaha sekurang kurangnya dapat jugak gelaran tu wakakakakaka kecik2 dulu berangan jugak aku nak jadi duta kah kah kah tapi hampeh tersasar jauh jadinya..nak jadi duta 'budu cap ketereh' pun tak lepas kah kah kah inikan pula betoi2 duta..terima kasih atas perlantikan untuk penggal kedua sebenarnya kikiki..terima kasih bahagian Integriti pejabat Perkeso yang masih menaruh kepercayaan hehehe..hehe aku ni kadang2 nakal leh tahan jugak bos kikiki..kursus yang dikendalikan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama 4 hari 3 malam telah diadakan di Silka Maytower jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur..haha hotel ni nak habaq hangpa kalau nak pi shoping memang strategic kikiki toleh kiri Jakel,toleh kanan Sogo,toleh depan jalan TAR kah kah kah..Alhamdulilah tempat kursus selesa bagi yang berpoket penuh wakakakaka..leh shoping2 pas kursus.
2.Modul Kursus sepenuhnya dari SPRM maka penceramah2 selama 4 hari tu semuanya terdiri dari geng2 sahabat dari SPRM hehehe thanks SPRM Putrajaya..banyak ilmu yang di kongsikan..banyak juga pencerahan yang diberi..Anda memang terbaik teruskan usaha2 murni ini!kikiki depa dedahkan banyak ilmu2 tentang Integriti bla bla bla banyak yang kami pelajari..4 hari tu tak dak lain perkataan selain perkataan Integriti kikikiki..juga didedahkan dengan seksyen2 berkaitan undang2 rasuah bla bla bla seksyen 16(a) dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegaharan Rasuah Malaysia 2009 bla bla bla meminta dan menerima rasuah hahaha..juga didedahkan perkara2 berkaitan seksyen 18 bab2 mengemukakan tuntutan palsu hahaha wo wo bahaya wooo buat tuntutan Palsu hangpa kalau buat tuntutan Palsu dengan Perkeso kalau guna akta ni sakit jugak ni kakaka..banyak lagi lah kalau nak ulas satu2 mau tak siap aku nyer post malam ni kah kah kah..apa pun memang seronok bila kita belajaq seksyen dan undang2 yang berbeza dari undang2 yang kita biasa kuatkuasakan hehehe..dan yang menarik bab2 seksyen ni aku sangat tertarik dengan seksyen Akta Perlindungan pemberi maklumat 2010 pehhh banyak maklumat bab2 ni kalau nak tulis hehehe satu malam aje dok citer bab ni kikiki perlindungan :)
3.Pada hari ketiga Kursus ini kami dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hahaha..cantik jugak bangunanya dari luar kikiki tu belum lagi masuk dalam mungkin did alamnya staffnya lawa2 kah kah kah..tapi memang betul pun lawa2 baq hang kah kah kah nak tengok jomla lawat opis depa wakakakaka...lawatan kali ni kami dibawa ke bilik siasatan rakaman bervideo (IVR) dalam tu bilik depa ni lebih canggih dari bilik bertugas kami wakakakaka..bilik depa ni siap ada 4 video geng..pehhh nak pukul payah jugak la sebab katanya CD ni tak leh nak edit..kalau edit kita boleh tahu hihihi hebat jugakla..kalau aku nyer siasat kat mana2 aje silap2 dalam dok mencamgkung dalam lading sawit tanpa meja pun kena menulis kikiki..kita siasat benda berbeza kan kan bang SPRM kikiki..pengalaman masuk ke bilik kawad cam juga amat mengujakan hehehe boleh la nak test2 cuba2 jadi suspek tu..banyak teknik rupanya depa laksanakan kawad cam ni..peh kalau tak pi sana tak tahu geng..juga dibawa melawat konti radio MACC hahahaha selama aku hidup ni tak tahu plak SPRM ni ada radio sendiri rupa2nya dah lama pun ada radio SPRM ni..kikiki DJ nyer pun alahaiiiiii manis2...kah kah kah kah..lokap aje tak dapat nak tengok hahaha..
4.Berbalik pada Duta Integriti tadi seramai lebih kurang 45 lantikan duta integrity ni akan balik ke pejabat masing2 dan sudah tentu 'ada' peranan masing hehehehe..woooo lantikan kan tak melibat apa2 bayaran jangan risau ianya kerja seikhlas hati hahahaha..jangan risau tak habis mana2 dana kikikiki..lupa plak nak Tanya nama DJ radio SPRM tu lahaiiiii
hehehe citer bab2 kursus duta integriti perkeso ni ada juga di laman web sprm hehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan