1.Menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),menyatakan pada tahun lalu iaitu tahun 2016 didapati sebanyak kira-kira 7,100 pekerja telah mengalami masalah hilang pendengaran disebabkan pekerjaan atau kerja mereka,jujurnya angka yang diberikan oleh pihak JKKP ini agak membimbangkan apatah lagi trend ini menunjukkan peningkatan kes hilang pendengaran dari tahun ke tahun yang boleh dianggap serius,sebagai contoh tahun 2015 sebanyak 5000 kes hilang pendengaran yang disebabkan kerja..ia jelas menunjukkan peningkatan demi peningkatan..jujurnya tiada satu pun pekerja yang akan mendambakan untuk hilang pendengaran..ia sebenarnya boleh dielakkan dengan mengambil langkah2 yang perlu termasuk memakai alatan perlindungan diri (PPE) seperti ear plug sebagai contoh! Namun jika terjadi juga masalah sebegini apakah langkah seterusnya kalian harus lakukan..adakah hanya berdiam diri sahaja?adakah hanya menjadi rutin pada setiap tahun melalukan pemeriksaan tahap pendengaran tanpa mengambil langkah2 untuk menuntut hak kita dengan pihak Perkeso?atau ada yang masih tidak tahu...
2.Jujurnya banyak kes-kes yang ditemui, yang mengalami masalah hilang pendengaran ini melibatkan pekerja Industri2 membuat botol,logam,tin,kuari,alat ganti kereta dan akhir2 ini kes2 melibatkan kilang memproses minyak kelapa sawit dan juga kilang menghasilkan mosaic..kebanyakkan kes2 hilang pendengaran ini biasanya melibatkan seseorang pekerja yang bekerja di sesuatu kilang yang mengeluarkan/terdedah kepada pencemaran bunyi bising yang berpanjangan untuk tempoh yang agak lama..kes2 hilang pendengaran tidak wujud untuk sehari atau setahun bekerja..adalah biasa untuk tempoh 5-10 tahun atau berbelas tahun barulah kesan-kesan hilang pendengaran ini mula dikesan apabila menjalani ujian rutin keatas pendengaran pekerja dilakukan..dan biasanya untuk sesebuah kilang mereka menyediakan mapping noise untuk menunjukkan kawasan2 yang berisiko terdedah kepada pencemaran bunyi yang bising ini!
3.Apa hak-hak kalian semua apabila disahkan hilang pendengaran disebabkan kerja atau pekerjaan???Hehehe seringkali aku nyatakan di blog ini bahawa jika sekiranya kalian mengalami masalah hilang pendengaran disebabkan pekerjaan atau kerja maka mohon majikan kalian untuk membuat tuntutan dengan pihak Perkeso dengan mengisi Borang 34 dimana tuntutan yang wajar dilakukan dengan pihak Perkeso adalah dibawah tuntutan Penyakit Khidmat!!!Jangan kuatir jangan risau jangan gundah gulana tuntutan Penyakit Khidmat ini tidaklah rumit seperti yang di gambarkan, prosesnya tak susah jangan kalian dengar nasihat-nasihat yang bersifat negatif..cukup senang sahaja untuk dilakukan..langkah pertama macam aku nyatakan tadi, mintalah majikan kalian untuk mengisi borang 34 Perkeso, untuk kes Hilang Pendengaran disebabkan kerja atau pekerjaan maka majikan perlu sertakan bersama mapping noise, keputusan hearing test pekerja terbabit,dan juga mengemukakan laporan perubatan untuk tuntutan penyakit khidmat (guna laporan perubatan dengan mengunakan format yang disediakan pihak Perkeso)..
4.Apabila kesemua dokumen yang ingin dilampirkan bersama Borang 34 Perkeso telah lengkap sepenuhnya maka hantarlah ke mana-mana pejabat Perkeso yang kalian biasa berurusan..setelah itu tunggulah pihak Perkeso akan memanggil kalian, untuk dirujuk ke Jemaah Doktor Khas(JDK) dan pihak JDK lah yang akan menentukan kalian mengalami masalah hilang pendengaran disebabkan kerja atau sebaliknya, dan jika diputuskan hilang pendengaran disebabkan kerja maka pihak JDK akan putuskan % untuk kecacatan hilang pengengaran tersebut..disini apa yang diputuskan pihak JDK adalah dibawah bidang kuasa mereka tanpa campur tanggan pihak Perkeso.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan