Rabu, 29 November 2017

balik kerja terus pulang ke rumah..jangan melencong..kemalangan susah nanti nak claim Perkeso!

Kemalangan dalam perjalanan balik kerja harapnya tiada lencongan ke mana2 tempat yang tak sepatutnya hangpa pergi..maksud aku kalau dalam perjalanan nak balik ke rumah selepas kerja maka hangpa pulangla ke rumah terus hehehe..seandainya perjalanan itu dari tempat kerja hendak balik ke rumah, tiba-tiba Isteri atau Ibu kalian call minta beli kek di sebuah kedai yang terletak jauh dan melepasi rumah hangpa..dengan kata lain dah melencong ke arah lain dari rumah kita yang hendak dituju itu, dan jika berlaku kemalangan maka ianya sama sekali bukan dalam liputan Perkeso untuk dibawah skim bencana kerja!ianya cukup jelas!..kesian aku dengan anak muda ini..dalam perjalanan balik kerja ibunya call minta belikan kek di Bandar dan beliau pun menungganglah motorsikalnya menuju ke arah kedai yang dimaksudkan ibunya itu dan melencong jauh dari laluan dari pulang ke rumahnya..jauh melencomg dan nasib tak baik kemalangan..bila kita siasat arah perjalanan jelas melencong jauh dari laluan sebenar pulang ke rumahnya dengan kata lain rumahnya telah dilintasinya untuk ke Bandar..kalau begini tak dapatla buat apa2 sebab memang bukan bencana kerja mengikut Akta Keselamtan Sosial Pekerja 1969..melainkan jika kemalangan itu meragut nyawanya dan beliau cukup dari segi kelayakan caruman dan umur belum mencapai 60 tahun maka layaklah untuk memohon Pencen Penakat.

2 ulasan:

  1. Salam tuan,sy nak tanye sy ade buat tuntutan penyakit khidmat dan pihak perkeso pon dah melawat kilang sy,soalan sy,sy ade mc 2bulan utk penyakit khidmat ni claim mc tu dpt dlu ataw kne tngu jumpe doctor jemaah dlu bru dapat claim mc tu,?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam.. sudah pasti tuan kena pi Jemaah Doktor Khas terlebih dahulu..jika Jemaah Doktor Khas (JDK)putuskan ianya kes penyakit Khidmat barulah mc tuan akan dibayar

      Padam