1.Salam geng harap hangpa semua sihat disamping keluarga tersayang..gunalah masa yang ada untuk menyayangi keluarga kalian. Alhamdulilah hari ni sempat berkunjung ke rumah keluarga yang terlibat dalam tragedi kemalangan maut yang meragut 5 nyawa yang berlaku di km 176 Jalan Johor Bharu-Seremban berhampiran persimpangan Kampung Melayu Raya Segamat. Kemalangan berlaku pada 12.12.2017 dalam jam 6.11 petang. Berita kemalangan maut ini telah tersebar pada hari yang sama, melalui pelbagai media..salam takziah buat keluarga yang terlibat..kemalangan tersebut mengorbankan pemandu kereta Perodua Viva Muhamad Abu Dujanah bin Dzulkrinain (anak kedua dari 11 beradik) dan Isterinya serta 3 anak pasangan tersebut. Sejujurnya aku dan penduduk Kluang mengenali keluarga ini yang terkenal dengan menjalankan perniagaan kebab..biasa jumpa mereka di pasar malam kawasan Kluang dan juga bazar ramadhan..kebab mereka boleh tahan sedapnya dan satu satunya gerai kebab yang pernah aku jumpa di Kluang setakat hari ini..ingat kebab maka teringatlah pada mereka..
2.Berbalik pada cerita kemalangan tadi, sebaik mendapat maklumat kejadian kemalangan tersebut, team Skuad Perkeso Prihatin negeri Johor segera membuat semakan pada hari kejadian itu juga..untuk makluman team ini sentiasa berhubungan antara satu dengan lain walaupun selepas waktu bekerja!Hasil semakan mendapati Allahyarham Muhamad Abu Dujanah adalah pencarum Perkeso dan semakan mendapati Allahyarham memenuhi syarat umur iaitu belum mencapai umur 60 tahun dan syarat kelayakan bilangan caruman untuk membolehkan kes tersebut di proses dibawah Tuntutan Pencen Penakat. Untuk makluman juga sering aku hebahkan bahawa Pencen Penakat adalah Pencen yang dibayar secara bulanan ekoran kematian atas sebab bukan bencana kerja,maknanya mati atas sebarang sebab sama ada kemalangan atau mati tanpa sebab boleh membuat tuntutan pencen penakat jika memenuhi syarat umur dan syarat bilangan caruman itu tadi!
3.Dalam kes kemalangan maut ini..5 dari mangsa kemalangan tersebut meninggal dunia, Namun Alhamdulilah seorang mangsa iaitu anak kepada pasangan ini yang berumur 3 tahun masih di rawat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu..Doa banyak2 semoga anak ini diberi kekuatan dan kembali sihat!!!Anak ini Inshaallah akan dijaga kebajikannya oleh pihak Perkeso dimana melalui faedah Pencen Penakat, anak ini akan memperoleh haknya iaitu Pencen Penakat yang dibayar secara bulanan dari kematian bapanya yang akan dimasukkan ke dalam akaun penjaganya iaitu atoknya(bapa Muhamad Abu Dujanah)Encik Dzulkrinain bin Yusoh..bayaran pencen Penakat ini akan dibayar sehingga anak ini berumur 21 tahun atau sehingga pengajian Ijazah Sarjana muda..anak ini jika Berjaya melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Inshallah boleh mohon pinjaman pelajaran dengan pihak Perkeso.
4. Ya tuan tuan..wang bukan segala-segalanya ia tidak akan mampu untuk mengantikan kesedihan apatah lagi kehilangan orang tersayang..namun hidup perlu diteruskan..lawatan ke rumah Keluarga Allahyarham di kampong Mengkibol Kluang ini adalah kali kedua..kali pertama semasa 14.12.2017 yang lalu dimana team Skuad Perkeso Prihatin Kluang ke rumah mereka untuk mendapatkan dokumen2 untuk melengkapkan tuntutan Pencen Penakat, dan ianya diselesaikan hari yang sama!! dan hari ini lawatan kali kedua untuk menyampaikan cek faedah Pengurusan mayat (FPM) kepada warisnya...FPM dibayar sekali sahaja iaitu RM2000, dan ia bakal disusuli kemudianya dengan pencen Penakat secara bulanan akan dibayar..seperti yang aku nyatakan tadi sehingga anak Allahyarham berumur 21 tahun.
5.Tuan-tuan..kemalangan ini bukan berlaku semasa bekerja atau semasa perjalanan hendak pergi kerja atau balik kerja! Kemalangan ini berlaku tiada kaitan langsung dengan kerja..Namun ketahuilah tuan2 Perkeso menyediakan satu faedah untuk kematian sebegini melalui tuntutan Pencen Penakat..syarat2nya seperti yang aku dok bagitahu tadi..namun pokoknya/yang pentingnya mencarum lah dengan pihak Perkeso kerana disitulah akan terbelanya keluarga kita jika berlaku perkara tidak diingi sebegini..wahai majikan carumlah pekerja hangpa dengan Perkeso..tak banyak tuan2..tak faham maka rajin rajinla berhubungan dengan pihak Perkeso..jangan risau depa baik2 belaka..tuan2 Tanya Tanya la khabar anak2 kita saudara mara kita yang bekerja tu pastikan depa mencarum dengan Perkeso..dengarlah nasihat yang tak berbayar ikhlas dari aku ni..banyak dah aku dok lihat kes2 sebegini..Kalau majikan hangpa tak nak jugak mencarum ayuh secara diam2 buat aduan ke pejabat Perkeso terdekat, Jangan risau kita tahu dan cukup tahu dan amat suka mengambil tindakan kepada majikan zalim sebegini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan