1.Hari ni aku siasat satu kes kemalangan ketika dalam perjalanan balik kerja..maka masuklah aku ke felda ulu dengar sebab yang teribat dalam kemalangan tu tinggal kat sini..mm yang terlibat dalam kemalangan balik kerja ni pula adalah pasangan suami isteri, ya la tempat kerja sama satu kilang lah..so hari2 pi dan balik kerja sama2 si isteri sentiasa membonceng motorsikal yang ditunggang suaminya..nak dijadikan cerita dalam perjalanan balik kerja tu kira2 lebih kurang 8.30 malam ketika depa berdua ni sedang naik motorsikal dalam perjalanan balik kerumah mereka, tiba di simpang jalan maka keluarlah sebuah hilux tanpa toleh kiri dan kanan berdetum langgar pasangan suami isteri ni..melambung jugakla depa berdua ni..sedar2 dah ada kat hospital dekat sebulan jugak masuk wad!
2.Si Isterilah yang mengalami kecederaan teruk patah peha kiri dan kanan..si Suami pun patah jugak..dalam kes macam ni kesian geng2 dua2 terlantar..so kita segera siasat kes ini untuk selesaikan tuntutan/Claim Perkeso/Socso depa ni dengan segera,Inshallah 2-3 hari lagi dapatlah bayaran cuti sakitnya!Thanks juga buat majikan mereka ni cepat jugakla depa lapor kemalangan pada pihak Perkeso..nasihat aku kat majikan2 di luar sana tu..jika pekerja hangpa terlibat dalam kemalangan pergi atau kemalangan semasa balik kerja ayuhhh segeralah buat laporan kemalangan pada pihak Perkeso/Socso..jangan duk tangguh2 geng..dapat aje 4 hari MC/cuti sakit dari Hospital/Klinik segeralah hantar dokumen tuntutan tersebut jangan sesekali tunggu dan tunggu sehingga pekerja sihat baru nak hantar claim!!!itu kejam namanya!tak susah pun nak lapor kemalangan kat Perkeso ni geng..sapa kata susah dia sebenarnya mencipta alas an demi alasan kononya itu susah ini susah!!!tak reti mai baca blog aku dok citer hari2 tak faham lagi pi la mana2 opis Perkeso depa ajar sampai faham!!!!dan khidmat itu adalah sentiasa PERCUMA sampai bila bila!!!
3.Kejam kepada pekerja hangpa lahhhh kalau tunggu sehingga pekerja sihat baru nak claim kan Perkeso untuknya..dah la tu ada juga majikan nyer suruh plak pekerja yang kemalangan itu pi ambil borang tuntutan kat Perkeso dan isi borang sendiri tinggalnya majikan sign/tanda tangan sahaja oiiii oiii INI TIDAK BOLEH adalahs alah sama sekali!!!majikan yang kena buat semua tu!!!!apa guna ada Jabatan Sumber Manusia (HR) kalau depa tak boleh buat benda ni???...Geng yang terlibat dalam kemalangan ini sudah tentu cedera patah sana dan patah sini..depa perlu makan dan minum juga depa perlu menyara keluarga ada anak..depa juga nak bayar bil itu dan ini rumah kereta bla bla bla..maka cepatlah buat laporan kemalangan kat Perkeso dan hantarlah borang 34 bersama sama mc/cuti sakit,peta lakar arah perjalanan pekerja dari kilang ke rumah,laporan polis,slip gaji 6 bulan sebelum kemaalngan dan rekod kedatangan kerja bulan kemalangan Inshaallah Perkeso akan bertindak segera memproses tuntutan itu ,la ni cepat geng!!!ingat pesan aku tuuuu jangan tunggu pekerja sihat baru terhegeh hegeh nak buat claim dengan Perkeso..jangan tunggu berbulan bulan..dapat aje 4 hari MC terus hantarrrrrr..hehehe panjang sikit berleter malam ni kah kah kah..sesekali geng kikikiki
Salam bro..pencen ilat saya dh lulus dan sepatutnya tarikh mula bayar pada 1/12 tapi kenapa bila saya call perkeso diaorang cakap ambik masa 2-3 bulan untuk duit masuk sebab tunggu proses dari hq
BalasPadamwasalam bos..ada benarnya bos sebab proses bayaran akan dilakukan Ibu Pejabat dan terus di bank in dalam akaun bro..cumanya jangan duk risau tunggakkan pencen akan dibayar juga bro hehehe bermula dari bulan bro patut dapat.
Padamassalamualaikum boh ku...selalu kalau dah jumpe jemaah doctor berapa lama baru tahu keputusan..lg satu sbb ape dia nak slip gaji 6bln sblom kmalgan..
BalasPadamWaalaikumusalam boh hahaha doh gi Jemaah Doktor tak lama lagi bulih taku keputusan biasa dalam masa seminggu buleh tahu doh boh
Padamsalam tn... nak tanya... sya ni bekerja di ldg sawit sbgi pen pengurus. hr tu sya kemalangan semasa kerja di dalam premis menyebabkan legamen koyak (ACL) dan meniscus koyak bahagian lutut. hari tu MC dah 28 hr then lepas operation baru2 ni smbg lg 43hr. parkeso sandakan da panggil majikan tuk ambil statement dan sya blm lg sbb sya buat follow up treatment hospital di kota kinabalu. hr tu kol da byr dlm rm300 lebi sbb pegawai ckp apprv br 3hr sebab kes masi dlm siasatan? siasatan apa lg belum selesai ya tn?gaji sya over rm4k,kompom tak dpt byran maximum per day as per parkeso rate tn? ACL bole mohon HUK tak tn?
BalasPadamwasalam semoga tuan cepat sembuh.
Padam1.Saya tak berapa faham berkenaan situasi tuan itu,namuns aya cuba ulas berdasarkan kepada kefahaman saya..
2.Pembayaran cuti sakit adalah berdasarkan kiraan purata anggapan gaji tuan untuk tempoh 6 bulan terkebelakang dari bulan kemalangan..saya tak faham kenapa pegawai tersebut mengatakan hanya 3 hari sahaja mc dibayar kerana siasatan belum hhabis????itu saya tak faham sama sekali..KALAU SUDAH DISAHKAN BENCANA KERJA MAKA MC PERLU DIBAYAR..buat apa bayar 3 hari sahaja???
3.Berkemungkinan apa factor lain yang sukar saya nak ulas kat sini tuan sebab saya kurang pasti situasi sebenar..pada saya jika kes ini telah disahkan sebagai bencana kerja maka cuti sakit perlu dibayar dan bukan 3 hari itu sahaja!!!
4.Untuk HUK sudah tentu boleh claim tuan..keputusannya adalah pada pihak Jemaah Doktor (JD) yang akan putuskan tuan mengalami cacat kekal atau tidak.
5.Nasihats aya tuan boleh berkunjung ke Perkeso Sandakan jumpa ketua unit faedah mereka untuk bertanyakan hal sebenar perkara ini..saya tak faham kenapa 3 hari sahaja mc dibayar hehehe
salam nak tanya, jika kemalangan lepas 2 jam balik kerja.n laluan bukan laluan balik rumah.boleh claim socso ke?
BalasPadamwasalam,
PadamKemalangan bukan laluan pulang kerja ditaksirkan sebagai LENCONGAN maka ianya bukan kemalangan yang boleh dituntut dengan pihak Perkeso tuan ia adalah lencongan bukan perjalanan balik kerja.
wasalam
Salam tmpg tanya jika alamat rumah didalam report polis xsama dgn alamat rumah sewa.. Ada masalah x.?
BalasPadamWasalam bro..Kalau laporan polis alamatnya tak sama biasanya berlaku polis ambil alamat dalam kad Pengenalan semasa kemalangan berlaku kan kan kan bro hehehe ka alamat bini muda ni hahahaha jgn marag bro gurauuu..tak jadi msalah namun UNTUK kukuhkan bukti yang bro tingga di rumah sewa tersebut maka baik kiranya bro fotostat salinan bil api,air atau astro sebagai bukti yg bro tinggal kat situ hehehe
Padamwasalam