Alhamdulilah hari ni sempat menyertai Ops Kesan Perkeso 2018 yang diadakan sekitar kawasan Mersing dan Endau, seperti biasa Ops Kesan ini adalah Operasi untuk memburu majikan yang masih gagal mendaftar Perusahaan dan juga pekerja dengan pihak Perkeso setelah tempoh pemutihan tamat 31 julai yang lalu, untuk makluman sebelum Ops Kesan digerakkan majikan di seluruh Negara telah diberi tempoh pemutihan selama sebulan bermula bulan Julai 2018 setelah tamat tempoh pemutihan maka Operasi mengesan majikan yang masih gagal mendaftar perusahaan/perniagaan dengan pihak Perkeso segera di gerakkan. Untuk kali ini Operasi yang disertai kira-kira 18 anggota pejabat Perkeso Kluang telah di pecahkan kepada 6 kumpulan yang telah bergerak memulakan Operasi sejak jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.
2.Operasi yang diketuai sendiri Pengurus Pejabat Perkeso Kluang Encik Ahmad Suzaime Abd Aziz teah berjaya memeriksa kira-kira 57 premis di kawasan Mersing dan Endau, dari 57 Premis yang di periksa di dapati sebanyak 17 majikan telah di kompaun atas kesalahan gagal mendaftar Perusahaan dengan Perkeso mengikut Seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 di mana jumlah keseluruh nilai Kompaun adalah RM19,000.00
3.Pengurus pejabat Perkeso Kluang yang ditemui semasa Operasi ini menegaskan Ops Kesan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk mengesan majikan-majikan yang masih ingkar untuk mendaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak perkeso,beliau memaklumkan mana-mana majikan yang mengaji sekurang-kurangnya 1 pekerja warganegara Malaysia wajib mendaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak Perkeso, ini penting agar kebajikan pekerja terbela jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan ketika bekerja, kemalangan ketika balik kerja atau kemalangan ketika perjalanan ke tempat kerja sepertimana melalui skim-skim yang ditawarkan Perkeso seperti skim bencana kerja dan juga skim Keilatan.
4.Pelbagai alasan lapuk diberikan pihak majikan untuk mengelakkan mereka dikompaun antaranya tidak ada masa untuk mendaftar perusahaan mereka dengan Perkeso, Pekerja sendiri tidak mahu dicarum dengan Perkeso, majikan tidak tahu dan macam-macam alasan diberi untuk menghalalkan perbuatan mereka yang gagal mendaftar Perusahaan dengan pihak Perkeso, namun Alhamdulilah operasi Berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan