1.Sayangi Malaysiaku..selamat menyambut hari kebangsaan kali ke 61 geng, hari ni wa and the geng dari Perkeso Kluang macam tahun2 yang lepas macam biasalah kena kerah untuk menyertai sambutan hari kebangsaan ni jugak kikiki..kalau tak kerah makanya tido syok wooo kikiki tapi tiap2 tahun wajib sertai laaah..so seawall jam 6.30 pagi dah gerak ke tempat sambutan hari kebangsaan peringkat Daerah Kluang ni..hehe dengan perut kosong tak sempat makan apa2 tapi perut still buncit kikiki maka bergeraklah keluar dari rumah sepertimana diarahkan kikiki..kena pi awal..kalau pi lambat takut payah nak parking keta geng..biasa majlis sambutan ni dibuat kat jalan rambutan depan Kluang Mall 100 tapak kalau jalan kaki dari pejabat aku geng..tapi tahun ni diubah ke dataran tasik putih Kluang jauh sikit dari pejabat wa beb..tapi ini tapak asal yang dah sinonim dengan majlis sambutan hari kebangsaan pun..
2.Ohhh yaaa geng.. sambutan hari kebangsaan pertama dibawah Pemerintahan Kerajaan baru Pakatan Harapan hehehehe Alhamdulilah hehehe mana mana lah kikiki..tiada beza sangat dari segi sambutannya..begitu juga dengan aktiviti/persembahannya..perbarisan macam biasa dan ada sedikit persembahan, dan juga bacaan perutusan wakil Menteri Besar..juga macam tahun2 yang lalu hehehe..cuma kat tasik putih ni panas geng tak tahan wooooo..kena plak bacaan perutusan panjang lebar aiyaaa mandi peluh wa cakap lu kikiki..tak heran ramai yang tinggalkan perbarisan pi dok bawah pokok cari teduhan hahahaha..so nak buat macam ne tahan tak tahan kot..nak kata tak patriotik tak boleh jugak gang karang ada yang kena strok haba tak pasal2 geng..
3.Hahahaha tahun ni jugak pertama kali wa sertai perbarisan geng kikiki..rasala jugak jalan-jalan dan jumpa kawan2 lama..tahun2 lepas wa tak sertai perbarisan sebab dok atas sana kikiki tahun ni dapat rasa jalan2 best gak la..Hmmm perbarisan habis jam 10.00 so habis program tu cepat2 cari makan kikiki lapar wa cakap lu..hehehe
4.Geng jika kita diarah untuk hadir menyertai program rasmi sebegini dan berlaku kemalangan semasa pergi ke majlis atau balik dari majlis atau semasa majlis berlangsung bagi para pekerja sektor swasta dan badan berkanun yang mencarum Perkeso hangpa boleh claim dengan pihak Perkeso hahahahaha. lagipun banyak jugak sector swasta seperti kilang2 ambik bahagian hari ni geng...dek sebab nya ini majlis rasmi dan majikan hangpa arah hangpa hadir sertainya aaaaa boleh claim geng!!!Mana la tahu tengah2 dok jalan dalam perbarisan tu hangpa tersepak batu lalu jatuh dan patah tangan hahahaha..atau masa dok berbaris tu tiba2 ada motor sesat pi langgar ka kikiki leh claim geng oiiit..prosedur macam biasalah geng..kalau kemalangan jalan raya kena lapor polis lah, kena ada peta lakar lah,kena kemukakan MC/sijil cuti sakit minima 4 hari lah,slip gaji 6 bulan sebelum bulan kemalangan,salinan IC hehehe senarai kehadiran pada hari perbarisan sebagai bukti hangpa hadir program tersebut hahahah tengok sempat lagi aku citer bab Perkeso kan kan kan hahaha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan