Jumaat, 5 Julai 2019

Bersyukur di Bantu PERkESO@Kelantan

       
                                    
KOTA BHARU,6 Julai 2019 -  Seorang Ibu melahirkan perasaan terharu dan  berterima kasih kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kelantan kerana membantu meringankan bebanan yang di tanggungnya memandangkan beliau terpaksa menghabiskan ratusan ringgit sebulan untuk membeli pampers/lampin pakai buang untuk keperluan anak sulungnya yang telah disahkan mengalami lumpuh sepenuhnya pada pertengahan 2018, lebih memeritkan keadaan kedua-dua belah mata anak sulungnya juga telah tidak dapat melihat dan beliaulah yang menguruskan kesemua keperluan hidup anak sulungnya itu tahkala kudratnya sendiri tidak lagi seperti dulu.

Pendapatan Che Eshah Mat Zin
64, sebagai tukang urut tidak menentu, sesekali beliau terpaksa mengambil upah membuat kuih semata-mata ingin menampung keperluan hidupnya, ia diburukkan lagi sejak pertengahan tahun 2018 anak sulungnya Muhamed Daud 46 telah lumpuh sepenuhnya dan tidak dapat melihat. Muhamed Daud yang hanya mampu terbaring memaksa kesemua urusan dirinya diuruskan oleh Ibu beliau seorang diri. Muhamed Daud yang masih bujang tidak dapat menguruskan diri sendiri dan terpaksa memakai lampin pakai buang/pampers setiap waktu.
Kesusahan keluarga ini telah mendapat perhatian Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan di mana hasil makluman pihak media, Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan telah berkunjung ke rumah Che Eshah di Kampung Siti Manis dekat Pantai Cahaya Bulan (PCB), dalam lawatan awal yang dilakukan pada 25 Jun lalu semakan mendapati Muhamed Dauk layak menerima bantuan ILAT, ini kerana semakan mendapati Muhamed Daud didapati pernah bekerja di Syarikat Sinar Kehidupan Enterprise sebelum berhenti kerja pada Mac 2012. Penilaian awal telah dilakukan pada hari yang sama oleh Pegawai Pemulihan PERKESO Negeri Kelantan dan telah mendapati Muhamed Daud layak untuk diberi kemudahan bekalan pampers secara berkala sepanjang keilatan yang dialaminya itu selain itu kerusi roda juga turut dibekalkan untuk kemudahan pergerakannya. Pihak PERKESO juga akan merujuk beliau ke sidang Jemaah Doktor (JD) pada kadar yang segera untuk menentukan beliau mengalami Keilatan atau sebaliknya.
Pengarah PERKESO Negeri Kelantan Hajah Nora Yaacob berkata “Muhamed Daud menerima bantuan ILAT sahaja memandangkan bilangan caruman yang dilakukan beliau tidak memenuhi kelayakan bilangan Caruman untuk tuntutan Pencen ILAT, Namun begitu untuk kelayakan bantuan ILAT bilangan caruman beliau mengcukupi dan ini membolehkan pihak kami memberi bantuan segera alatan pemulihan secara berkala seperti bekalan Pampers, begitu juga dengan alatan pemulihan yang lain, yang akan diberi kepada Muhamed Daud dari semasa ke semasa mengikut pengesyoran dari pihak Doktor yang merawat beliau dan ia selaras dengan Seksyen 57 Akta Keselamatan Sosial Pekerja  1969 (AKSP 1969) yang mana jelas memperuntukkan kemudahan alat-alat pemulihan untuk pekerja yang mengalami keilatan.
Oleh itu saya mengingatkan agar mana-mana pekerja yang bekerja pastikan majikan membuat caruman dengan pihak PERKESO ini memandangan bilangan caruman itu sendiri amat penting dalam penentuan kelayakan  Caruman untuk memohon tuntutan Pencen ILAT, dan juga tuntutan Pencen PENAKAT bagi bantuan ILAT memang kami tidak memberi pencen bulanan, Namun alatan pemulihan seperti pampers dan sebagainya akan dibekalkan secara berkala pada setiap bulan dan kami yakin ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban yang ditanggung Ibu muhamed Daud” ujar Nora Yaacob ketika mengiringi YB Dato Haji Mahfuz bin Omar Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika menyampaikan bantuan alat pemulihan secara berkala di Kampung siti Manis Pantai Cahaya Bulan di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan