KOTA BHARU,17 Jun 2019 - Bapa mangsa lemas di Jambatan Tanah Merah (Jambatan Kusial) dan mayatnya di temui di Rumah Pam Kemubu Machang langsung tidak menduga kematian anaknya Mohamad Izzuddin bin Mohd Nor 31, pada 11 Jun yang lalu melayakkan beliau menerima Pencen Penakat dari pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Mengulas lanjut perkara tersebut Mohd Nor bin Daud 64 bapa kepada mangsa lemas menjelaskan beliau telah dihubungi oleh Pegawai PERKESO Negeri Kelantan pada hari pengkebumian anaknya itu dan pihak PERKESO memaklumkan anak saya memenuhi kelayakan untuk tuntutan Pencen Penakat PERKESO ‘saya langsung tidak menduga pihak PERKESO sebegitu pantas memperoleh maklumat kematian anak saya dan mereka begitu pantas menghubungi saya dan menyelesaikan tuntutan Pencen Penakat PERKESO pada hari yang sama setelah saya kemukakan beberapa dokumen yang diminta pegawai terbabit’. Anak saya masih bujang dan baru sahaja bertunang dengan gadis pilihan hatinya yang menetap di Seksyen 19 Shah Alam.
Terdahulu Mohamad Izzuddin bin Mohd Nor ditemui lemas oleh orang awam di Rumah Pam Kemubu, Machang pada 11 Jun yang lalu.
Sebaik sahaja mendapat maklumat tentang penemuan mayat tersebut melalui laporan pihak media, pihak kami di PERKESO Negeri Kelantan pada hari yang sama telah berjaya mengumpul maklumat berkaitan kes penemuan mayat tersebut dan hari yang sama pihak kami melalui Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan telah bertindak membuat semakan dan mendapati arwah Mohamad Izzuddin bin Mohd Nor sememangnya pencarum PERKESO dan semakan caruman mendapati arwah memenuhi kelayakan untuk tuntutan Pencen Penakat PERKESO sekaligus kami telah memprosesnya tanpa memerlukan kehadiran ahli keluarganya ke pejabat kami, ia diproses secara pantas dan dilakukan oleh Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan.
Pengarah PERKESO Negeri Kelantan Hajah Nora Yaacob berkata “semua urusan tuntutan Pencen Penakat PERKESO dilakukan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang cukup baik dari Bapa Allahyarham”, sebenarnya Bapa Allahyarham sendiri langsung tidak mengetahui yang kematian arwah anaknya menyebabkan beliau layak menerima Pencen Penakat dari pihak PERKESO, Bapa arwah hanya mengetahui perihal tersebut setelah dihubungi Pegawai kami pada hari pengkebumian jenazah anaknya itu.
Lantaran itu Bapa Allahyarham bakal menerima Pencen Penakat secara bulanan untuk seumur hidupnya memandangkan Ibu Allahyarham telah meninggal dunia Oktober 2005, manakala seorang adik arwah yang berumur 20 tahun akan turut menerima syer Pencen penakat tersebut sehingga mencapai umur 21 tahun. Untuk itu Bapa Allahyarham akan menerima Pencen Penakat PERKESO secara bulanan sebanyak RM 332.50 sebulan sepanjang hayatnya, manakala untuk bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM2000.00 telah kami kreditkan ke dalam akaun beliau ujar Nora Yaacob ketika mengiringi YB Dato Haji Mahfuz bin Omar Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika menyampaikan mock cheque kepada Bapa Allahyarham Mohamad Izzuddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan