Memaparkan catatan dengan label resort kenalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resort kenalan. Papar semua catatan

Rabu, 17 November 2010

teluk gorek camp site tanjung resang mersing

1.Oleh kerana sudah terbiasa di mersing maka telah ramai sahabat dan kenalan disini. Bermacam-macam kerja mereka. Ada kerja makan gaji,ada juga yang menjadi nelayan dan tidak kurang juga ada yang membuka chalet dan resort.

2.Abe li antara salah satu sahabat yang membuka chalet/resort disini.tidak terkira rasanya dah berapa puluh kali aku mengunjungi resortnya,dari zaman tiada elektrik dan tiada air sehinggalah kini semua kemudahan asas telah ada.Air dan Elektrik 24 jam.Dulu air dibeli guna tangki SAJ kini air terus dari paip.selesa sungguh!

3.Bukan tujuan untuk mengiklankan chalet beliau disini,namun aku bangga beliau salah satu pengusaha chalet yang berjaya.polis,badan-badan kerajaan,sekolah,intitut pendidikan guru,universiti,guru-guru,majlis tempatan banyaklah...semuanya memilih untuk membuat program disini.



4.Abe li pengusaha chalet ini juga menyediakan tapak perkhemahan yang cukup luas dan selesa.Aku dah 3 malam berkhemah di tepi pantai memang best!


5.Anda tidak perlu bimbang untuk mandi disini.ombaknya perlahan kerana ianya pantai dikawasan teluk.Airnya cetek kerana pantainya landai.Aku mandi air setakat lutut je adeiii.


6.Penat nak menulis tengok gambar dah la.




7.Tak rugi jika anda ke sini!








8.Macam ne nak ke sana?nah ambik peta ni..
 
9.Ok cukup disini dulu.jom bercuti dalam malaysia.murah je kat sini :)