Sabtu, 16 Oktober 2021

Covid 19 tempat kerja Jom claim PERKESO!

1.Sorry la geng lama bebenor tak menulis, banyak kerja geng lagipun aku percaya hangpa semua bukan lagi suka masuk blog untuk cari maklumat iyo lahhh la ni banyak medium lain yang lagi best untuk cari maklumat kan kan hahaha..fb ado tik tok pun hadooo hahaha jaranglah jenguk blog kot..takpa takpa la aku nak tulis sikit bab claim covid ni sebab ramai sangat dok tanya kat komen hahaha sampai tak terbalas aku ni haha..


2.Senang cakap kalau hangpa bekerja dan mencarum PERKESO dan tiba-tiba dijangkiti Covid 19 ditempat kerja ekoran terjangkit dengan pelanggan atau rakan sekerja maka bolehlah buat tuntutan dengan pihak PERKESO, caranya macam biasala geng..minta majikan isi borang 34 dalam borang itu isi lah macam kebiasaanya nak claim dengan PERKESO..yang positif itu kena pastikan ia jangkitan ditempat kerja..dokumen:
-Salinan IC hangpa
-MC jika ada kalau tak dak surat kurantin pun boleh
-Surat Kurantin dari KKM
-Salinan muka hadapan buku bank/surat pengesahan akaun Bank/Bank stetment (maybank/bsn/bank islam/cimb dll)
-slip gaji enam bulan sebelum disahkan positif covid :)
-Kad perakam waktu/rekod kedatangan bulan kena covid tu :) 
 3.Geng nak habaq mai bukan sahaja yang positif covid 19 ditempat kerja sahaja yang boleh claim PERKESO tapi yang diarahkan oleh KKM untuk di Kurantin ekoran kontak rapat ditempat kerja juga boleh Claim PERKESO!!!hahaha syarat macam baisa MC 4 hari atau surat arahan kurantin 4 hari hahaha..cukup setakat ni dulu geng hahaha sajo up sikit2 bukti aktif lagi hahahahaha :)
 


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan