Rabu, 20 Oktober 2021

'KIT' Saringan Covid 19 Fasa Pemulihan Secara PERCUMA dari PERKESO untuk Pencarum Aktif

 


1.Gaiss hangpa tahu dak PERKESO kini kembali mengadakan Program Saringan Covid 19 untuk para pencarum 'aktif'nya, yezaaa.. jika dulu mereka hadir dengan dua program yang berlainan namun matlamat yang sama iaitu melalui Program Saringan Prihatin PERKESO(PSP) dan Program Saringan Covid 19 Pekerja asing (PSPA) kini  melalui Program Saringan Covid 19 Fasa Pemulihan PERKESO nampaknya masih bermurah hati dengan menyediakan 'KIT' saringan covid 19 kepada pencarum aktifnya melalui majikan secara 'PERCUMA'

2.Melalui program saringan covid 19 Fasa Pemulihan ini pihak PERKESO nampaknya melakukan sedikit perubahan dimana jika dahulu pihak PERKESO menyediakan 'KIT' saringan Covid 19 Rapid Test Antigen (test by doctors) yang mana perkeso hanya memberi 'KIT' ujian secara percuma namun majikan akan menangung kos 'klinik' yang melakukan saringan,Namun kini PERKESO juga turut menyediakan 'KIT" saringan kendiri /covid 19 Rapid Test Kit Antigen self-test (Saliva) dan ianya diberi secara PERCUMA melalui majikan kepada pekerja 'aktif'yang dapat disemak melalui sistem 'assist' PERKESO!Bagi pekerja yang tidak mencarum dan tidak berdaftar aktif dengan PERKESO adalah sememangnya tidakla layak untuk menikmati kemudahan ini.

3.Namun begitu harus dimaklumi bahawa bukan kedua-duanya 'KIT" ini dapat..gaiss kamu sebagai majikan perlu membuat pilihan untuk pekerja kamu.. pilih la mana satu mengikut keperluan..jika telah memilih untuk memohon 'KIT' Rapid  Test Kit Antigen (test by Doctors) maka 'KIT' test kendiri-Saliva tidak boleh lagi di mohon..senang cakap pilih sahaja salah satu!

4.Apa yang menariknya jika pencarum pernah menyertai saringan melalui dua program terdahulu iaitu melalui Program Saringan Prihatin(PSP) dan Prgram Saringan Covid 19 Pekerja Asing (PSPA) mereka masih lagi LAYAK untuk memprelolehi 'KIT' test covid terbaru ini melalui Program Saringan Cvid 19 Fasa Pemulihan!!!

5.Apa tunggu lagi gaiss..wahai majikan semua yang mana mempunyai pekerja 'aktif' mencarum PERKESO blehlah memohon mana-mana 'kit' saringan covid yang diberikan PERKESO ini melalui pautan:

https://psp.perkeso.gov.my/

Hehe Ok gaiss..untuk maklumat lanjut bacalah di pautan ini hehe aku pun baca FAQ ni looo :)

https://psp.perkeso.gov.my/soalan-lazim-faq-bagi-program-saringan-covid-19-fasa-pemulihan.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan