Khamis, 28 Oktober 2021

Futsal JTK Kelantan vs PERKESO Kelantan


1.Sesekali kena kasi peluh keluar gaiss walaupun peluh keluar itu bukan kerana dapatnya kaki ini sepak bolanya, haha sekadar lari-lari keliling pun jadilah pastu ketawa sorang-sorang kah kah kah. Terima kasihlah kawan-kawan yang selalu dok ajak bersukan ni kalau nak harapkan aku memang bukan kaki sukan la gaiss..hidup mudah pi kerja, balik kerja duduk rumah dengan anak bini hahaha nak berkebun masih tak de kebun la gaiss. Ape pun terima kasih geng Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kelantan (JTK) yang sudi bersukan bersama kami..Pengarah depa ni terbaik sungguh dengan anak-anak buahya..tak kedekut plak tu hahaha terima kasih belanja air isotonik.Pengarah siap turun padang geng..

2.Ini sebenarnya salah satu cara untuk kami hilangkan stress bekerja sejak pandemik ni kerja tak tentu masa gaiss..kerja opis..balik opis sambung kerja..malam layan whatssap masuk pun bab kerja gaiss..pandemik pun ratusan pelanggan tiap hari kena layan gaiss, wajar sangatla dapat hilangkan stress sebegini. Syukur Alhamdulilah kerana kamis emua frontliners dua dose dah lama lengkap gaiss Alhamdulilah. Sukan sebegini juga mengeratkan hubungan bukan sahaja antara kami satu jabatan bahkan mengeratkan hubungan kami dua jabatan dalam Kementerian yang sam Alhamdulilah sejak tahun lepas lagi bersama! Haha yang seronok main futsal ni dapat tarik-tarik dapat tolak-tolak dapat ketawa-ketawa hahahaha eratkan silaturahim gaiss hahaha..tapi Boss mereka memang best!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan