Ahad, 31 Oktober 2021

PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0 BERAKHIR 31 OKTOBER 2021

1.Gais Program Subsidi Upah (PSU 4.0) yang dikuatkuasakan pada 1 Ogos yang lalu bakal melabuh tirainya secara rasmi hari ini iaitu 31 Oktober 2021..diam tak diam gaiss berakhir hari ini, yang sudah pasti sedikit sebanyak membantu para Majikan yang tekesan dan mengalami kekurangan jualan/pendapatan/ hasil perniagaan 30% dalam  sebulan berbanding tahun sebelumnya.

2.Bantuan kepada majikan ini selama dua bulan berjumlah RM600 untuk setiap pekerja yang dicarum dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2021. Rasanya tak perlu nak ulas panjang lebar sebab PSU 4.0 ini berakhir dah hari ni hehe kita sama-sama tunggu Program Subsidi Upah (PSU) bersasar untuk Sektor Pelancongan pula sepertimana yang diumumkan YB Menteri Kewangan semasa perbentangan bajet 2022 hari Jumaat lepas! Pasal PSU bersasar sektor Pelancongan kita sama-sama tunggu FAQ nya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan